SYI'AH DAN PENGARUHNYA DI ALAM MELAYU
1. Shiites 2. Islamic sects Pengaruh kepercayaan asing dari Greek, Parsi dan India yang menular masuk ke Alam Melayu pada zaman sebelum dan selepas islam telah mewarnsi corak pemikiran masyarakat Melayu, sama ada sedikit ataupun banyak. Perkara ini dapat dikesan menalui karya-karya Melayu kelasik dan kitab-kitab jawi yang ditulis dan disebarkan di rantau ini. Masyarakat Melayupada umumnya mudah terpengaruh dengan budaya asing, setelah itu dijadikan pegangan khususnya dalam bidang yang berkaitan dengan keagamaan. sebagai contoh, kepercayaan terdapat unsur-unsur ghaib dan magis. Pada zaman animesme, mereka terarah kepada pemyembahan objek-objek yang dianggap berkuasa bagi menentukan nasib dan masa hadapan mereka. Apabila agama Hindu-Buddha datang dengan membawa ajaran mistik dan sistem kasta, mereka terima dan dijadikan sebagai budaya dan dilaksanakan dalam pentadbiran negara. Mengenai aspek kerohanian dalam ajaran agama Hindu dapat dilihat melalui doktrin "monoteisme" dan "panteisme" yang membawa erti keesaan wujud. Doktrin panteisme Hindu banyak persamaan dengan doktrin Wahdah Al-Wujud yang dibawa oleh kaum Syi'ah pada zaman islam; kesemuanya mengarah kepada pendewaan terhadap nenek moyang yang dianggap suci, keramat, dan mempunyai kuasa yang luar biasa serta unsur-unsur majis yang menakjubkan. Di atas kepercayaan inilah maka lahirnya konsep "sembah yang" (sembah nenek moyang) Perkataan "sembahyang" yang diertikan sebagai "solat" masih diguna pakai secara meluas oleh masyarakat Melayu Brunei hingga ke hari ini.