Kompas 114 (Edisi Kemas Kini) by Syaari Ab Rahman
“Kompas 114” berhasrat untuk menjadi alat bantu buat pembaca al-Quran sebelum mereka mengembara lebih jauh dalam Kitabullah itu sendiri dengan bantuan kitab-kitab tafsir yang muktabar. Dengan kompas ini, semoga anda menemui sebab mengapa anda wajar jatuh cinta kepada mana-mana surah dalam kalangan 114 surah al-Quran ini, sama ada Makkiyah atau Madaniyyah dan panjang atau pendek. Besar harapan saya agar buku ini membantu masyarakat awam mendapatkan “idea-idea besar” mengenai sesebuah surah, lantas memotivasikan mereka untuk membaca kesemua 114 surah daripada 30 juzuk al-Quran ini tanpa meninggalkan satu surah pun sepanjang pengembaraan kerohanian mereka semasa dalam atau luar bulan Ramadan. Semoga “Kompas 114” berjaya menimbulkan “debaran” terhadap keindahan dan keunikan setiap surah dalam al-Quran.
Antara kelebihan buku;
• Pembahagian mashaf kepada 7 “pohon”
• Tema setiap “pohon”
• Jadual sirah setiap surah menurut al-Maududi
• Jadual penurunan surah yang disusun Habannakah
• Munasabah surah dengan surah sebelumnya
• Objektif setiap surah
• Jumlah ayat, huruf dan kalimah setiap surah
• Peta sirah penuh 114 surah
• Penjelasan setiap tujuh “pohon” al-Quran
• Teori kesatuan al-Quran berdasarkan surah al-Baqarah dari almarhum Said Hawwa r.h.
• Pembetulan semua kesalahan gramatis dan ralat dalam edisi sebelum serta penamaan surah dalam bahasa Melayu
• Infografik dan maklumat tambahan pada beberapa surah
• Penambahan kemaskini pada “Segmentasi” surah merujuk Tafsir Maudhu'i Mustafa Muslim