KETOKOHAN IMAM AL-SYAFI'I DALAM PERIWAYATAN ILMU AL-QIRAAT
Kajian ini ingin menonjolkan ketokohan Imam Syafi'i dalam bidang ilmu qira'at. Telah banyak ditulis sebelum ini tentang ketokohan beliau. Sama ada pada sudut sejarah hidup atau sumbangahn-sumbangan besar beliau dalam bidang fekah dan usul fekah. Namun begitu, kajian tentang ketokohan beliau di dalam bidang ilmu qira'at (bacaan al-Quran) masih diangap sedikit. Maka buku ini adalah satu langkah untuk memberi sumbangan kepada bidang ini. Antara dapatan penting kajian ialah Imam Syafi'i bukan sahaja seorang Imam mazhab, bahkan beliau juga mempunyai riwayat qira'at tersendiri yang dikenali sebagai "Riwayat al-Syafi'i" daripada Qir'ah Ibn Kathir. Riwayat al-Syafi'i ini pernah tersebar pada suatu ketika dahulu seperti riwayat-riwayat qira'at yang lain. Tetapi kemudiannya ia pupus sebagaimana yang berlaku kepada sebahagian besar riwayat-riwayat qira'at kerana tiada kesinambungan oleh generasi penerus. 9789991786711
Authors: AHMAD BAHA' MOKHTAR, AZME MATALI, GUMAA AHMED HIMMAD ADAM, HAMID ISSA MOSTAFA ELOSILY, AHMAD WIFAQ MOKHTAR / Cover: Paperback / Language: Melayu / Publisher: UNISSA Press, Universiti Islam Sultan Sharif Ali / Year: 2020 / Pages: 117