AYAT MUTASYABIHAT LAFZI: KETELITIAN BACAAN DAN PEMANTAPAN HAFAZAN
Buku ini membincangkan ayat mutasyabihat lafzi iaitu ayat-ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang serupa atau hampir serupa (mirip). Terdapat di dalam al-Quran ayat-ayat yang bentuknya serupa tetapi berlainan barisnya. Pembaca al-Quran mungkin terkeliru atau tersalah ketika membaca ayat-ayat seumpama ini. Maka buku ini akan menghimpun ayat-ayat ini serta menghuraikan kekeliruan pada bacaannya. Manakala bagi yang menghafal al-Quran pula, selalu terkeliru apabila menghafal ayat-ayat yang serupa atau hampir serupa. Bagi mengatasi masalah tersebut buku ini akan menghimpunkan kaedah-kaedah yang dapat membantu mengatasi masalah kekeliruan hafalan ayat serupa. 9789991786728