COVID-19: APA KATA MUFTI (SIRI 2 & 3)

COVID-19: APA KATA MUFTI (SIRI 2 & 3)

Brand: Jabatan Mufti Kerajaan

  • S$4.00
    Unit price per 
Shipping calculated at checkout.


Buku ini adalah hasil tulisan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan yang dipadankan dari ceramah khas Yang Berhormat Pehin  mengenai COVID-19 yang masing-masing disampaikan di rancangan khas Radio dan Televisyen Brunei pada hari Jumaat, 23 Sya’aban 1441 Hijrah bersamaan 17 April 2020 Masehi dan pada hari Jumaat 7 Ramadhan 1441 Hijrah bersamaan 1 Mei 2020 yang lalu.

Buku ini antara lain menjelaskan bahawa, sebagai umat Islam dalam menghadapi wabak penyakit kita tidak seharusnya hilang punca kerana kita mesti faham bahawa apa saja perkara, terjadinya adalah daripada Allah, termasuk penyakit.  Dia yang mendatangkan, dan Dia juga yang menarik balik. Untuk sembuh kita memang disuruh untuk berubat, tetapi ubat hanyalah sebab, namun penyembuh yang sebenar-benarnya itu adalah Allah.

Kita menangani wabak ini, seperti juga orang  lain menanganinya, iaitu dengan mengambil langkah-langkah pencegahan dan perawatan secara physical, ini saja belum dianggap memadai, melainkan, kita juga mesti komited kepada “pertolongan Allah” iaitu “dengan membanyakkan doa.

Sehubungan dengan itu Yang Berhormat Pehin menyeru umat Islam untuk sama-sama menggunakan secara konsisten “Vaksin Ketuhanan” iaitu sedekah dan doa untuk memerangi COVID-19 sementara menunggu vaksin biasa yang bakal dihasilkan.

Sedekah dan doa, menurutnya tidak syak lagi boleh diyakini mampu menolak dan melawan Coronavirus-19.

Bersedekah adalah perkara yang dianjurkan oleh agama dan mempunyai rahsianya yang tersendiri, antaranya ialah untuk menolak atau mencegah apa jua perkara yang tidak kita ingini sebagaimana hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam riwayat at-Thabarani, ertinya:  “Sedekah itu menutup 70 pintu keburukkan”, dan ada lagi riwayat lain, ertinya:  “Sedekah itu menolak atau mecegah 70 bala, sekurang-kurangnya (bala) penyakit sopak dan kusta.”

Sedekah juga  adalah hijab (pendinding) kepada bala.  Tidak kira berapa jumlahnya sedekah itu,  banyak ataupun sedikit, semua berfungsi sama sahaja, mampu mendinding dan menolak bala.  Malah bukan bala dunia sahaja seperti bala COVID-19, bahkan bala akhirat berupa azab api neraka juga mampu ditolak oleh sedekah berdasarkan hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Di dalam buku ini  Yang Berhormat Pehin turut menegaskan bahawa pendekatan Brunei Darussalam mengutamakan doa untuk memerangi COVID-19 adalah pendekatan yang tidak boleh dipertikai, lebih-lebih lagi pendekatan ini bertamah berkat apabila raja kita sendiri dari awal-awal lagi telah menekankan tentang doa itu.

Doa adalah penyelamat bukan pembinasa, kerana itu kalau berdoa kita disuruh supaya bersungguh-sungguh, berdoa dengan hati yang benar-benar ikhlas dan khusyuk, bukan setakat menadah tangan tetapi hati liar tidak bulat kepada Allah.

Disamping huraian mengenai sedekah dan doa, buku setebal 63 mukasurat ini turut dimuatkan dengan beberapa doa, zikir dan ayat-ayat al-Qur’an untuk dibaca dan diamalkan antaranya Istighfar, doa Nabi Allah Yunus ‘alaihissalam, kelebihan ayat al-Kursi, kelebihan surah Yaasin dan beberapa bacaan pendek. 9789991760810

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

We Also Recommend

Leadership in Islam: Ibn Khaldun's Perspective

Leadership in Islam: Ibn Khaldun's Perspective

Regular price S$15.00
Sold Out
Umran: Revitalising Nation Prosperity

Umran: Revitalising Nation Prosperity

Regular price S$13.00
BELIA DAN PENDIDIKAN ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM

BELIA DAN PENDIDIKAN ISLAM DI BRUNEI DARUSSALAM

Regular price S$12.00
BRUNEI An Islamic Nation Islamic Background

BRUNEI An Islamic Nation Islamic Background

Regular price S$5.00
Tarsilah Brunei: Wasilah Ketakhtaan Kesultanan Brunei (Tahun 1659-1828 Masihi)

Tarsilah Brunei: Wasilah Ketakhtaan Kesultanan Brunei (Tahun 1659-1828 Masihi)

Regular price S$15.00

x