ANALISIS SURAH AL-FATIHAH DARI PERSPECTIF ILMU BAHASA
Kajian ini merupakan satu percubaan untuk menganalisis kualiti terjemahan istilah yang terdapat dalam surah Al-Fatihah sebagai sampal kajian. Analisis ini penting dalam kehidupan seharian setiap orang Islam yang menggunapakai istilah-istilah ugama yang telah diterjemahkan daripada bahasa Arab kedalam bahasa Melayu. Hasil kajian ini mendapati bahawa usaha penterjemahan istilah Ugama adalah sangat penting kerana ianya berkait rapat dengan keperluan aktiviti-aktiviti kerohanian dan juga pemikiran, dimana ianya mendasari proses pembangunan modal insan dan jati diri umat Islam dizaman moden yang mencabar ini.
Sesuatu istilah yang digunapakai dalam hal-ehwal keugamaan adalah merupakan satu perkara yang sangat unik dalam kehidupan individu dan juga sesabuah masyarakat. Oleh yang demikian, sebarang usaha menterjemahkan sesuatu istilah ugama adalah satu tugasan yang menuntut ketelitian dan pengetahuan yang luas berkenaan sifat-sifat ugama yang membudaya dalam sesabuah masyarakat. Apa keistimewaannya? Bagaimana ianya mendasari dalam kehidupan individu dan masyarakat? Atau bagaimana ianya berfungsi sebagai satu wahana komunikasi yang bersifat sistematik antara sesaorang manusia yang berugamakan dengan sesuatu ugama?
9789991787121