BIJAK MENABUNG
Mengisahkan dua beradik kembar yang bernama Hafiz dan Hafizan. Suatu hari, ayah mereka memberikan hadiah berupa tabung kepada mereka berdua. Hafiz berjaya menyimpan wangnya ke dalam tabung manakala Hafizan tidak menyimpan apa-apa. Sekolah mereka mengadakan lawatan ke Pesta Buku Brunei. Oleh sebab Hafiz menyimpan wang, dia boleh membeli belah di Pesta Buku. Manakala adiknya Hafizan tidak mampu membeli satu barang pun. Akhirnya, Hafiz berkongsi wang simpanan kepada Hafizan. 9789991769059