PERJALANAN KE MAKKAH: HISTORIOGRAFI HAJI BRUNEI

PERJALANAN KE MAKKAH: HISTORIOGRAFI HAJI BRUNEI

Brand: UNISSA

  • S$13.00
    Unit price per 
Shipping calculated at checkout.


Sejarah pemergian umat Islam rantau ini ke tanah suci Makkah untuk melaksanakan ibadah haji dipercayai bermula sejak kedatangan Islam ke gugusan Kepulauan Melayu kerana ibadah haji itu sendiri merupakan rukun Islam yang kelima. Namun, catatan sejarah yang jelas mengenai perkembangan haji di negara ini sukar diperolehi secara terperinci kerana tidak banyak maklumat mengenainya dibukukan yang menjadi rujukan kepada generasi-generasi akan datang. Justeru, penulis berusaha sedaya upaya menyelongkar dan mengumpul bahan-bahan atau maklumat-maklumat lama tentang jema'ah haji Brunie yang tersimpan di Arkib Negara Brunei Darussalam terutama sekali yang tersiar di akhbar-akhbar arus perdana sejak diterbitkan, selian menjalankan kajian dan penyelidikan secara lapangan ke agensi-agensi yang berkaitan. Buku ini berusaha memaparkan sejarah perkembangan haji jema'ah haji Brunei Darussalam merangkumi sejarah perjalanan, pengurusan, adat resam dan budaya orang-orang Brunei ketika menunaikan ibadat haji. Turut dibincangkan dalam buku ini ialah karakteristik dan keramaian jema'ah haji Brunei mengikut catatan yang ada serta cabaran-cabaran semasa. Buku ini diharap dapat menjadikan bahan bacaan dan rujukan sejarah kepada para akademik, pelajar-pelajar dan generasi akan datang serta memainkan peranannya dan memperkayakan lagi khazanah ilmu serta mendapat keberkatan dan keredaan Allah subhanahu wata'ala. Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal dilahirkan pada 19 Mac 1973 di Negara Brunei Darussalam. Beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda (B.A Degree) dalam bidang Hadith di Universiti al-Azhar, Mesir (1992-1996). Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (M.A Degree) dalam bidang akidah di Universiti Al al-Bayt, Jordan (2000-2002) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Usuluddin dan Perbandingan Agama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2005-2009). Dalam bidang kerjaya, beliau mula bertugas sebagai Pegawai Ugama di Bahagian Kawalan Akidah (BKA), Jabatan Hal Ehwal Syariah, Kementerian Hal Ehwal Ugama (1997), Tutor (2000) di Institusi Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (IPISHOAS), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Pensyarah (2007) di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Penolong Ra'es KUPU SB (2014). Sekarang beliau bertugas sebagai Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) sejak 26 Jun 2014. Dalam bidang akademik, beliau telah menerbitkan beberapa buah buku dan kertas kerja yang dibentang dalam seminar-seminar dalam dan luar negara. Beliau juga terlibat dalam penyelidikan mengenai pelaksanaan haji Brunei Darussalam untuk dimuatkan dalam Encyclopedia On Hajj & Two Holy Mosque kelolaan King Abdul Aziz Foundation for Research and Archives, Kerajaan Arab Saudi dengan kerjasama Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences (IIUM), Malaysia pada tahun 2009. 9789991782683

We Also Recommend

Sold Out
Daily Wisdom: Sayings of the Prophet Muhammad (Hardcover)

Daily Wisdom: Sayings of the Prophet Muhammad (Hardcover)

Sale price S$35.90 Regular price S$59.00
Save S$23.10
Sold Out
PENGAKAP DI BRUNEI (1933-2021) BY HAMDANAJIB

PENGAKAP DI BRUNEI (1933-2021) BY HAMDANAJIB

Regular price S$25.00
In the Heart of the Sea: The Incredible True Story that Inspired Moby-Dick

In the Heart of the Sea: The Incredible True Story that Inspired Moby-Dick

Sale price S$25.90 Regular price S$29.90
Save S$4.00
AKBS (ASRAMA KERAJAAN BRUNEI SINGAPURA): DALAM KENANGAN

AKBS (ASRAMA KERAJAAN BRUNEI SINGAPURA): DALAM KENANGAN

Regular price S$50.00
A History of Islam in 21 Women

A History of Islam in 21 Women

Regular price S$35.90

x