Jabatan Mufti Kerajaan

Orang Sembahyang Ditangisi Oleh Tempat Sujudnya

(0)
SKU: 9789991733746
Barcode: 9789991733746

S$8.00 SGD

Low in stock

This product will be available for sale in 2 weeks, but you can pre-order now to receive 10% discount!

Estimated delivery between June 07 and June 09.

In stock and ready to ship

Orang Sembahyang Ditangisi Oleh Tempat Sujudnya

S$8.00 SGD

S$8.00 SGD

Sembahyang adalah kewajipan asasi umat Islam. Sembahyang itu tiang agama, meninggalkan sembahyang bererti merobohkan agama. Tegak sembahyang, tegaklah agama. Dalam apa jua situasi dan kondisi seseorang Islam, sembahyang wajib dipelihara dan dikerjakan. Oleh kerana itu, kewajipan mengerjakan sembahyang jangan sekali-kali diringan-ringankan, apa lagi meninggalkannya.

Sembahyang adalah penyelamat dan mencegah daripada perbuatan mungkar. Di dalam buku ini dijelaskan fadhilat dan manfaat ibadat sembahyang selain ia merupakan kewajipan kita sebagai orang Islam.

Buku ini ditulis oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam berdasarkan rancangan Bersama Mufti sempena sambutan Isra' dan Mi'raj 1428 Hijriyah yang disiarkan melalui Radio Televisyen Brunei yang diolah, ditambah dan disesuaikan sehingga menjadi sebuah buku yang sangat berguna untuk dijadikan panduan, bimbingan dan kesedaran minda.

Di dalam buku ini juga dikenalkan belanggu dan gangguan syaitan durjana supaya orang Islam tidak mengerjakan sembahyang. Bermacam-macam belanggu dilakukan oleh syaitan untuk menggoda umat Islam. Bagaimanakah caranya untuk membuka ikatan belanggu syaitan itu? Buku ini memberi bimbingan, tuntunan dan rahsia membuka ikatan belenggu tersebut.

Selain itu, azab kerana meninggalkan sembahyang juga turut dipaparkan di dalam buku ini...

ISBN: 9789991733746 | Cover: Paperback | Language: Malay | Publisher: Jabatan Mufti Kerajaan | Publication Year: 2016 | pages: 156

Authencity Guaranteed

We only sell authentic products from verified brand partners and retail partners globally.

  • Visa
  • Mastercard
  • Diners Club
  • PayPal
  • American Express