Kontrak Cinta by Fariesya Fauzy

Kontrak Cinta by Fariesya Fauzy

Brand: Anaasa Publication

  • S$13.90
    Unit price per 
  • Save S$5.90
Shipping calculated at checkout.


Nur Syakhaira seorang gadis miskin yang bercita-cita untuk menjadi seorang doktor terjerat dengan cinta monyet bersama Iqram Muhaimin, pewaris IZE Holding yang terlalu mengikut telunjuk keluarganya. Mereka kemudian mengikat KONTRAK CINTA. Tempoh 8 tahun diberi untuk samakan jurang antara keluarga mereka.

“Iqram tahu Khaira cintakan Iqram seperti mana Iqram cintakan Khaira. Iqram hendak kita stick pada plan kita. Lagi lapan tahun, kita jumpa balik di depan sekolah dan lepas itu kita tentukan hala tuju perasaan kita ni... Dalam tempoh tu, tolong jangan bagi hati Khaira pada sesiapa. Tolong…”- Iqram

Belum sampai setahun, Iqram dipaksa jalinkan hubungan dengan Ekin, rakan sekelas Khaira. Cikgu Mikail, bekas guru Khaira meminatinya lalu melamar Khaira. Tetapi setelah kehadiran bayi Adam yang mirip Iqram, lamaran itu dibatalkan. Dia mula mendendami Iqram dan berprasangka buruk terhadap Khaira.

“Jawab! itu anak kau dengan Iqram kan... Patutlah emak engkau dibuang kerja, sebab kau mengandung rupanya. Itu anak Iqram ke anak Tuan Azman... berapa juta mereka bayar kau, hah! Perempuan sundal...”- Cikgu Mikail.

Dikala hati Khaira sedih, Johan sahabatnya, sanggup terima Khaira dan Adam seadanya.

“Sya... kita dah lama berkawan dan aku sudah anggap Adam macam anak aku sendiri. Aku nak kita move ke next level. Hujung minggu ni aku ingat...”- Johan

Antara cita-citanya, Cikgu Mikail dan Johan, mana satu pilihannya. Di saat itu juga, Iqram hadir menuntut semuanya.

“Sudahlah! Lupakan semua ni... Khaira minta maaf. Khaira terpaksa gunakan nama Iqram. Iqram tahukan siapa Khaira, Khaira harap Iqram tidak tanya lagi pasal Adam. Siapa Adam biarlah menjadi rahsia keluarga kami, usah awak desak saya lagi. Lagipun antara kita sudah tidak ada apa-apa lagi. Khaira harap awak move on. Saya sudah tertutup hati pada awak.”- Khaira.

Bagaimanakah kesudahan kontrak cinta monyet mereka? Dapatkan Iqram kembali menakluki hati Khaira? Siapakah ibu bapa Adam? Dapatkah keluarga mereka menerima cinta mereka?

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

We Also Recommend

Five Children and It (Five Children #1)

Five Children and It (Five Children #1)

Regular price S$28.90
The Phoenix and the Carpet (Five Children Book 2)

The Phoenix and the Carpet (Five Children Book 2)

Regular price S$29.90
Instructions for Dancing by Nicola Yoon

Instructions for Dancing by Nicola Yoon

Sale price S$35.90 Regular price S$48.90
Save S$13.00
Sisters of the Snake (Ria & Rani #1)

Sisters of the Snake (Ria & Rani #1)

Sale price S$34.90 Regular price S$45.90
Save S$11.00
My Contrary Mary (Mary #1)

My Contrary Mary (Mary #1)

Sale price S$35.90 Regular price S$48.90
Save S$13.00

x