Kitab Si Perindu Tuhan by Hajib Sarhan

Kitab Si Perindu Tuhan by Hajib Sarhan

Brand: HealOurIman Press

  • S$9.00
    Unit price per 
  • Save S$3.00
Shipping calculated at checkout.


“Kitab yang berada di tangan anda sekarang ini; merupakan bancuhan dari pelbagai rasa dan suasana yang pada akhirnya terhidang dalam sebuah bekas bernama ‘rindu’. Sudah semestinya, rindu kepada Tuhan.

Tidak dinafikan, setiap daripada kita hakikatnya merasa rindu dengan Allah Ta’ala. Apatah lagi, saat tersedar daripada segala kesibukan dunia yang tidak habis-habisnya. Kita merasa serik dengan segala tingkah-laku manusia yang sungguh menyebalkan. Saat kita sakit, kecewa dan sedih, kita pun mula merasakan kekosongan. Seperti ada sesuatu yang kita inginkan. Maka, pada saat itu, yang kita dambakan hanyalah untuk duduk bersama Tuhan.

Bersunyi-sunyi dan bersendirian dengan Allah Ta’ala.

Pada setiap puisi yang dimuatkan, anda akan mendapati rasa dan suasana yang tersendiri. Ini kerana setiap puisi itu ditulis berdasarkan rasa dan suasana yang benar-benar dialami sendiri oleh penulis. Mudahnya, setiap puisi yang termuat mempunyai misteri yang tersendiri untuk dirungkai kerana setiap tempat dan peristiwa mempunyai kesan yang berbeza terhadap jiwa  penulis.

Bagi hamba yang benar-benar rindu untuk berjumpa dengan Allah, dia tidak lagi takut untuk menghadapi kematian. Baginya, kematian adalah hari raya bagi dirinya. Pada saat itu, dia akan berjumpa dengan Kekasih Abadi yang selama ini dirinduinya iaitu Allah dan RasulNya.

Nah, inilah mesej besar yang cuba digarap oleh penulis dalam buku ini. Hakikat bahawa akhir bagi seluruh kehidupan ini, apa yang diharapkan adalah untuk berjumpa dengan Allah Ta’ala dan memandang wajahNya di syurga kelak.

Inilah kerinduan yang sejati bagi si hamba.”

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

We Also Recommend

Al-Quran dengan Panduan Waqaf & Ibtida' (Saiz 3)

Al-Quran dengan Panduan Waqaf & Ibtida' (Saiz 3)

Sale price S$39.90 Regular price S$45.00
Save S$5.10
HEBATNYA SEDEKAH HAJI ABDUL RAHMAN MOHD ADIL

HEBATNYA SEDEKAH HAJI ABDUL RAHMAN MOHD ADIL

Sale price S$18.90 Regular price S$19.90
Save S$1.00
Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do's and Don'ts

Reviving the Spirit of Ramadan: Beyond Do's and Don'ts

Regular price S$19.90
THE CIGARETTE IS HARAM

THE CIGARETTE IS HARAM

Sale price S$2.00 Regular price S$2.40
Save S$0.40
Ibadat Puasa - Pusat Da'wah Islamiah

Ibadat Puasa - Pusat Da'wah Islamiah

Regular price S$3.00

x