Jabatan Mufti Kerajaan

Keutamaan Taubat

(0)
SKU: 9789998455009
Barcode: 9789998455009
S$4.00 SGD S$21.00 SGD
-81%
In stock

This product will be available for sale in 2 weeks, but you can pre-order now to receive 10% discount!

Estimated delivery between June 07 and June 09.

In stock and ready to ship

Keutamaan Taubat
S$4.00 SGD S$21.00 SGD
S$4.00 SGD S$21.00 SGD

Kadang-kadang kita sedar tentang dosa yang kita lakukan dan kadang-kadang pula kita tidak menyedarinya. Sebab itu kita disuruh sentiasa bertaubat daripada dosa, sama ada daripada dosa kecil mahupun dosa besar. Taubat itu pula perlu dilaksanakan setiap hari tanpa bertangguh kerana taubat itu adalah suatu tuntutan yang wajib dilaksanakan.

Bagaimanakah cara melaksanakan taubat itu? Buku ini akan memberi kefahaman kepada kita tentang kepentingan taubat itu, serta cara-cara bertaubat dan sekaligus dapat menyuntik kesedaran masyarakat untuk meraih keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Penghasilan buku ini adalah dari cetusan minda Ahli Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu Tahun 2023 bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-77 Tahun. Buku ini telah diungkayahkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan sebagai salah satu sumbangan Jabatan Mufti Kerajaan dalam Majlis Ilmu Tahun 2023 yang bertemakan 'Munajat Senegara Dengan Taubat'.

Buku ini sangat berfaedah dan dapat dijadikan bahan rujukan serta panduan bagi seluruh umat Islam. Buku ini diharapkan dapat memberi kefahaman masyarakat mengenai kepentingan taubat serta cara-cara bertaubat dan sekaligus dapat menyuntik kesedaran masyarakat untuk meraih keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'âlâ dengan sentiasa beristighfar dan bertaubat daripada sebarang kekhilafan dan kesalahan.

Tahun Diterbitkan: 2024
Halaman: 98 Muka Surat
ISBN-13: 9789998455009 

Authencity Guaranteed

We only sell authentic products from verified brand partners and retail partners globally.

  • Visa
  • Mastercard
  • Diners Club
  • PayPal
  • American Express