KESIHATAN IBU & BAYI PRA KELAHIRAN
Penjagaan pra kehamilan adalah aspek penting bagi menyediakan wanita dalam umur reproduktif dan pasangannya bersedia dengan kehamilan terancang terutama bagi wanita yang menghadapi penyakit kronik. Penjagaan optimum semasa pra kehamilan melalui nasihat, bimbingan, kaunseling, pemeriksaan dan rawatan dapat menjamin kesihatan wanita yang ingin hamil di tahap optimum semasa mengandung untuk mengelakkan komplikasi serius terhadap kehamilan dan janinnya.
Ayuh dapatkan buku ini sekarang! Buku ini membantu dalam memberikan rawatan yang selamat, berketerampilan serta berkualiti untuk ibu, bayi dan keluarga. Buku ini disertakan dengan penilaian ringkas dan komprehensif; perbincangan tentang proses penyakit; jadual pemeriksaan dan nilai analisis yang mudah difahami dan sering digunakan. Selain itu, terdapat juga langkah-langkah untuk mengimplimentasikan dan mengadaptasikan penjagaan kejururawatan yang spesifik untuk kesihatan wanita.
JILID 2