ISU-ISU PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN

Brand: UNISSA

  • S$13.00
    Unit price per 
Shipping calculated at checkout.


Istibdal wakaf atau di dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai 'penggantian harta wakaf' merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk membangunkan harta wakaf yang disumbangkan oleh umat Islam yang telah diamalkan sejak dari zaman awal Islam lagi. Namun begitu ia menjadi satu polemik panjang yang dibincangkan oleh para sarjana Islam kerana kepelbagaian hukum yang berkaitan dengannya. Di setengah negara yang mengamalkan konsep ini pula terdapat yang menghadapi masalah-masalah samada masalah pengurusan, kewangan dan undang-undang setempat. Kejayaan dari amalan konsep ini memang telah diakui dan banyak dibuktikan di beberapa tempat seperti Singapura dan Pulau Pinang. Memandangkan kepada potensi yang ada pada istibdal ini, maka inisiatif untuk membincangkan perkara ini secara lebih terperinci telah dilaksanakan oleh pihak Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam bersama dengan Universiti Sains Malaysia. Hasil kajian tersebut dikumpulkan di dalam buku ini sebagai tatapan semua pihak. Buku ini mendedahkan konsep, pengurusan, pembiayaan dan perlaksanaan istibdal wakaf yang berlaku di Malaysia dan Brunei Darussalam. Ia membincangkan konsep, pandangan fuqaha dahulu dan masakini serta masalah undang-undang yang terlibat berkaitan dengan istibdal wakaf. Buku ini memaparkan aspek undang-undang yang berkaitan dengan istibdal wakaf antara Malaysia dan Brunei Darussalam secara teperinci. Bahagian seterusnya membincangkan bagaimana pengurusan istibdal wakaf dilaksanakan. Pandangan pakar-pakar tenang pelaksanaan istibdal wakaf yang mengaitkan dengan sistem perundangan dan pengurusan wakaf juga dikemukakan. Buku ini juga mendedahkan tahap kefahaman orang ramai tentang wakaf dan istibdal wakaf di Malaysia dan Brunei Darussalam. Bahagian terakhir buku ini menyentuh tentang prospek pelaksanaan istibdal wakaf ini di masa akan datang di Malaysia dan di Brunei Darussalam. 9789991782836

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

We Also Recommend

100 KEISTIMEWAAN MALAM & HARI JUMAAT

100 KEISTIMEWAAN MALAM & HARI JUMAAT

Regular price S$7.00
Sold Out
Leadership in Islam: Ibn Khaldun's Perspective

Leadership in Islam: Ibn Khaldun's Perspective

Regular price S$15.00
Umran: Revitalising Nation Prosperity

Umran: Revitalising Nation Prosperity

Regular price S$13.00
Gaya Hidup Sihat Dan Pemakanan Sihat Menurut Perspektif Islam

Gaya Hidup Sihat Dan Pemakanan Sihat Menurut Perspektif Islam

Regular price S$4.00
Sold Out
WIRID PAGI DAN PETANG

WIRID PAGI DAN PETANG

Regular price S$5.00

x