Gaya Hidup Sihat Dan Pemakanan Sihat Menurut Perspektif Islam

Gaya Hidup Sihat Dan Pemakanan Sihat Menurut Perspektif Islam

Brand: Jabatan Mufti Kerajaan

  • S$4.00
    Unit price per 
Shipping calculated at checkout.


Isi kandungan buku ini adalah berasal daripada Kertas Perdana Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan di Majlis Perasmian Majlis Ilmu 2012 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Teks berkenaan sangat bemilai untuk diterbitkan dan seterusnya untuk disebarkan sebagai bacaan umum.

Di dalam buku ini, Yang Berhormat Pehin cuba menghuraikan mengenai gaya hidup sihat dan pemakanan sihat dilihat dari perspektif Islam. Dalam hubungan ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala melalui al-Qur’an dan Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam melalui hadits Baginda telah mcmberikan garis pandu yang berkaitan sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Cuma apakah ia dipraktikkan atau diamalkan oleh umat Islam hari ini atau sebaliknya. Kita yakin, jika diamalkan sebagaimana yang digariskan oleh terapi ketuhanan tersebut, insya’ Allah umat Islam akan sentiasa kelihatan hidup sihat: sihat mental dan fizikal, zahir dan batin.

Kunci untuk memperoleh kesihatan yang optima ialah menjaga pemakanan. Agama Islam telah menggariskan formula pemakanan sihat: makan jangan berlebihan, makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang, perut diisi dengan 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 lagi untuk pernafasan.

Inilah antara perkara yang disentuh di dalam buku ini. Mudah-mudahan ia akan dapat memberi manfaat kepada pembaca, paling sedikitnya dapat mengingatkan kita supaya akan sentiasa menjaga pemakanan harian kita. Kerana hidup sihat itu penting kepada kita untuk melaksanakan ibadat, bekerja dan berusaha dalam meneruskan aktiviti dan kelangsungan hidup harian. 9789991760179 / 24 Pages

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

We Also Recommend

100 KEISTIMEWAAN MALAM & HARI JUMAAT

100 KEISTIMEWAAN MALAM & HARI JUMAAT

Regular price S$7.00
Sold Out
Leadership in Islam: Ibn Khaldun's Perspective

Leadership in Islam: Ibn Khaldun's Perspective

Regular price S$15.00
Umran: Revitalising Nation Prosperity

Umran: Revitalising Nation Prosperity

Regular price S$13.00
WIRID PAGI DAN PETANG

WIRID PAGI DAN PETANG

Regular price S$5.00
FATWA MUFTI KERJAAN: ISU-ISU KEWANGAN

FATWA MUFTI KERJAAN: ISU-ISU KEWANGAN

Regular price S$8.00

x