Fatwa Mufti Kerajaan 2002
Isu-isu semasa seperti mengajar al-Qur'an kepada yang bukan Islam, berubat dengan bomoh, menerima jemputan ketika berpuasa sunat, cabutan tiket bertuah dan berbagai-bagai lagi persoalan yang amat menarik adalah antara isi kandungan buku Fatwa Mufti Kerajaan 2002.
Isu-isu ini dihuraikan bukan hanya dengan memberikan jawapan hukum yang diminta fatwakan oleh orang yang bertanya, tetapi juga dikupas begitu baik dan jelas dengan matlamat agar para pembaca memahami latar belakang persoalan di samping mendapat maklumat tambahan dan pandangan syara mengenainya.
Dengan memberikan dalil-dalil dari al-Qur'an, hadits dan berbagai qaul ulama mu'tabar sebagai sandarannya yang kuat, Fatwa Mufti Kerajaan 2002 adalah sebuah buku ilmiah yang perlu anda miliki dalam mencari berbagai jawapan bagi persoalan semasa yang tetap relevan dalam konteks masyarakat hari ini.
9789991760339