DIRGAHAYU RAJA KITA : LONG LIVE OUR KING

Brand: Jabatan Mufti Kerajaan

  • S$4.00
    Unit price per 
Shipping calculated at checkout.


Buku ini mengandungi wawancara khas Yang Berhormat Pehin bersama pihak Radio Televisyen Brunei sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 tahun dan ceramah khas sempena yang sama ke-74 tahun. Buku ini merekodkan keperihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam terhadap kebajikan rakyat dari beberapa sudut termasuk pentadbiran, keselamatan, ekonomi, pendidikan dan amal kebajikan.

Menurut Yang Berhormat Pehin, menyebut tentang kebajikan  berupa amal baik atau amal salih seseorang tidaklah ditegah. Malah dalam keadaan-keadaan tertentu apabila amal-amal salih itu disebut, ia boleh mendatangkan syafaat atau pertolongan kepada orang yang empunya amal itu.

Oleh itu, tambah Yang Berhormat Pehin, adalah besar faedahnya merista-rista amal kebajikan raja, kerana amal-amal kebajikan raja itu berstatus pimpinan dan tauladan untuk dicontohi.  Amal kebajikan juga adalah satu jenis ni'mat yang sangat disukai oleh Allah, dan malah Allah menyuruh supaya setiap ni'mat itu disebut-sebut selalu.

Kebajikan yang paling utama, ialah apa-apa jua yang baik dari kacamata agama, bahawa perkara seperti itu adalah perkara agama.

Maka di sini, tegasnya sebagai sifatnya ni'mat, kebajikan raja patutlah disebut untuk jadi ikutan atau tauladan.  Baginda memerintah bukan hanya duduk bersemayam di atas kursi, tetapi baginda juga bergerak mendekati rakyat. Susah senang rakyat dipeduli. Mendengar rakyat memerlukan tempat berniaga umpamanya, baginda sendiri berangkat turun padang, meninjau di mana tempat yang sesuai untuk berniaga itu.

Begitu juga, apabila berlaku musibah seperti negara dilanda banjir besar, maka kelihatanlah baginda turun padang mengharung banjir dan naik ke rumah rakyat yang mengalami banjir itu untuk mengetahui dan menyaksikan sendiri kesusahan yang ditanggung oleh mereka. 

Kebetulan masa ini, dunia masih sahaja sibuk menghadapi COVID-19, di mana Brunei juga turut terkesan sama. Yang Berhormat Pehin selaku penulis buku ini turut merekodkan apa-apa yang berkaitan dengan momentom atau kerja-kerja kebajikan menangani wabak, baginda dilihat sangat prihatin memberikan galakan dan bimbingan bagaimana menghadapi wabak yang menggerunkan ini.

Antaranya melalui beberapa titah yang dipetik di dalam buku ini, dapat memberi gambaran betapa baginda sangat menekankan supaya do'a dan al-Qur'an dijadikan ubat penawar dan senjata bagi menolak musibah ini.  Antara lain baginda bertitah:

"Beta ingin menganjurkan supaya kita sama-sama melazimkan diri membaca Surah Yâ Sîn selain surah-surah yang lain dalam al-Qur'an, kerana Yâ Sîn fadhilatnya sangat banyak untuk keselamatan kita di dunia dan akhirat. Insyâ' Allah, dengan berkat Yâ Sîn juga, COVID-19 akan berundur meninggalkan kita dan negara."

Di sinilah terimbasnya kelainan dan kelebihan Raja kita selaku pemimpin tertinggi negara ini.

Kebajikan baginda sukar dihitung dan dilakukan secara berterusan.  Melihat perlunya buku ini dibaca oleh semua golongan rakyat dan masyarakat, maka terjemahannya dalam bahasa Inggeris pun diusahakan.  Selamat membaca.

Customer Reviews

No reviews yet
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

We Also Recommend

REZEKI DAN HUTANG; TADZKIRAH, DOA DAN AMALAN

REZEKI DAN HUTANG; TADZKIRAH, DOA DAN AMALAN

Regular price S$3.00
ISSUES ON HALAL PRODUCTS

ISSUES ON HALAL PRODUCTS

Regular price S$8.00
COVID-19: APA KATA MUFTI (SIRI 2 & 3)

COVID-19: APA KATA MUFTI (SIRI 2 & 3)

Regular price S$4.00
COVID-19: BIMBINGAN SYARA DAN ISU-ISU IBADAT

COVID-19: BIMBINGAN SYARA DAN ISU-ISU IBADAT

Regular price S$4.00
FATWA MUFTI KERAJAAN NBD 2019

FATWA MUFTI KERAJAAN NBD 2019

Regular price S$7.00

x