100 KEISTIMEWAAN MALAM & HARI JUMAAT
Buku ini adalah terjemahan daripada dua buah karya asal bahasa Arab oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman as-Suyuthi dan ulasannya oleh al-Ustaz Muhammad Riyadh al-Malih, bertajuk Khushushiyyat Yaum al-Jummah. Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu bagi segala hari dan mempunyai banyak keistimewaan. Sebanyak 100 keistimewaan malam dan hari Jumaat telah berjaya dihimpun oleh Imam as-Suyuthi di dalam kitab ini. Antara lain buku ini menjelaskan bahawa Jumaat adalah Hari Raya bagi uat Islam, Neraka Jahannam tidak menggelegak dan pelupusan dosa pada hari Jumaat, orang yang mati pada malam atau siang hari Jumaat, ia adalah hari pengampunan, hari pembebasan dan jua mempunyai ketika yang amat mustajab. Untuk mengetahui lebih lanjut apakah keistimewaan-keistimewaan lain dalam buku ini yang mencapai sehingga 100 kelebihan, teruskan membaca dan meraih ilum melaluinya agar kita dapat meningkatkan amal ibadat kita setap masa lebih-lebih lagi pada malam dan siang hari Jumaat. ISBN: 9991733388 | Cover: Paperback | Language: Malay | Publisher: Jabatan Mufti Kerajaan | Publication Year: 2013 | pages: 228