UNISSA : Satu Dekad Perkembangan dan Pencapaian

UNISSA : Satu Dekad Perkembangan dan Pencapaian

Brand: UNISSA

  • S$16.00
    Unit price per 
Shipping calculated at checkout.


Penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada tanggal 1 Januari 2007 adalah merupakan detik penting dalam sejarah perkembangan pendidikan Islam di Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu mercu tanda kegemilangan Islam di Negara Brunei Darussalam. Tempoh 10 tahun telah memberikan banyak peluang pengalaman dalam mengorak langkah dan menyusun strategi bagi mencapai matlamat dan tujuan penubuhan UNISSA. Buku ini mencatat maklumat yang berkaitan perjalanan sejarah penubuhan UNISSA, perkembangan dan pertumbuhan dalam tempoh sedekad yang lalu. UNISSA terus berusaha merancang dan membangunkan program-program akademik yang diperlukan oleh negara merancang dan membangunkan program-program akademik yang diperlukan oleh negara dari semasa ke semasa. Catatan ini menunjukkan bagaimana cabaran-cabaran yang dihadapi 10 tahun yang lalu telah banyak berubah dan kini terdapat cabaran-cabaran yang dihadapi dan diatasi untuk mengembang-majukan UNISSA. Dalam meniti arus globalisasi masa kini, UNISSA juga menghadapi pelbagai cabaran ke arah menjadi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa terutama sekali dalam penyediaan pelbagai program akademik, sekaligus untuk melahirkan para graduan yang berkualiti yang mampu memenuhi aspirasi negara dan menyumbang peningkatan pelbagai hubungan strategik UNISSA di peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Fakta dan data yang dipaparkan dalam buku ini diharap akan menjadi rujukan yang bermanfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat dan generasi akan datang. Authors: NORARFAN ZAINAL, ROSE ABDULLAH / Cover: Paperback / Language: Malay / Publisher: UNISSA Press, Universiti Islam Sultan Sharif Ali / Publication year: 2018 / Page: 298


We Also Recommend

PARENTING THE MODERN TEEN BY LOUISE CLARKE - EBOOK

PARENTING THE MODERN TEEN BY LOUISE CLARKE - EBOOK

Regular price S$19.90
The Art of Letting God by Mizi Wahid

The Art of Letting God by Mizi Wahid

Regular price S$15.00
Rich Dad Poor Dad: What the Rich Teach Their Kids About Money

Rich Dad Poor Dad: What the Rich Teach Their Kids About Money

Regular price S$25.90
You Are Loved by Mizi Wahid

You Are Loved by Mizi Wahid

Regular price S$15.00
Call Upon Him By Mizi Wahid

Call Upon Him By Mizi Wahid

Regular price S$15.00

x