Pasukan Polis Diraja Brunei : Sejarah dan Perkembangan 1921-2004
Buku ini mengandungi beberapa bab, iaitu “Latar Belakang Penubuhan dan Perkembangan Pasukan Polis di Brunei”; “Penubuhan dan Perkembangan Pasukan Polis Brunei 1921–1941”; “Sejarah Pasukan Polis Brunei 1941–1959”; “Pasukan Polis Brunei dalam Periode Berkerajaan Sendiri 1959–1983”; dan “Pasukan Polis Brunei Periode Kemerdekaan 1984–2004”. Sebagai sebuah agensi penguatkuasaan undang-undang, Pasukan Polis Diraja Brunei telah mengharungi pelbagai bentuk perkembangan dan perubahan. Pasukan ini juga berhadapan dengan bermacam-macam masalah dan cabaran. Meskipun diuji, namun pasukan ini tidak sekali-kali mengalah malah cekal dalam menghadapi apa jua bentuk masalah dan cabaran kerana ia sudah menjadi lumrah bagi pasukan polis sebagai sebuah badan kerajaan yang terlibat dalam menjaga kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.
Tahun Terbit: 2017 a Muka Surat: 310 halaman a Ukuran: 139.7 mm x 215.9 mm
Penerbit Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,
ISBN 9789991763491, 9789991763484