BERUBAT DENGAN PERUBATAN BUMI DAN LANGIT
Merawat dan mengubati penyakit adalah amat digalakkan dalam islam. Hadis Rasullullah Shallahu'alaihi wassalam menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubat dan penawarnya.
Masyarakat hari ini mempunyai berbagai pilihan untuk merawat dan mengubati penyakit yang dihidapi. Apakah setiap pesakit itu serasi dengan rawatan yang dipilihnya? Dalam kes-kes tertentu, perubatan moden tidak berjaya menyembuhkan penyakit yang dideritai, malah tidak dapat mengesan punca dan penyakit sebenar si pesakit. Namun, yang pasti dan perlu diyakini ialah Al-Qur'an itu mengandungi penawar yang berupaya menyembuhkan berbagai penyakit sebagaimana dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala dalam surah al-Isra' ayat 82.
Perubatan Bumi dan perubatan Langit sama-sama mempunyai keistimewaan masing-masing untuk menyembuhkan dan merawat penyakit, kedua-duanya sama diperlukan.
Apakah perubatan Bumi dan perubatan Langit itu?sudahkah terbukti perubatan Bumi dan perubatan Langit berupaya menyembuhkan penyakit kronik seperti Barah? buku ini menghuraikan perkara-perkara tersebut. jangan lepaskan peluang untuk memilikinya.
9789991733807 | Cover: Paperback | Language: Malay | Publisher: State Mufti's Office | Publication Year: 2015 | Pages 126