UNISSA

Pengenalan Kepada Metodologi Penyelidikan

(0)
SKU: 9789991786186
Barcode: 9789991786186

S$14.00 SGD

In stock

This product will be available for sale in 2 weeks, but you can pre-order now to receive 10% discount!

Estimated delivery between May 05 and May 07.

In stock and ready to ship

Pengenalan Kepada Metodologi Penyelidikan

S$14.00 SGD

S$14.00 SGD


PENGENALAN KEPADA METODOLOGI PENYELIDIKAN ditulis secara khusus bagi membincangkan aspek-aspek kritikal dalam penyelidikan saintifik yang dimuatkan di dalam dua belas bab.
Di antara aspek-aspek yang dibincangkan di dalam buku ini adalah konsep-konsep asas dalam menjalankan penyelidikan saintifik, hubungan di antara penyelidik dan pengguna maklumat penyelidikan, dan langkah- langkah dalam proses penyelidikan saintifik yang bermula dengan mengenalpasti masalah sehingga pembentukan metodologi penyelidikan. Selain itu, buku ini juga mendedahkan pembaca kepada proses dan tatacara menulis proposal penyelidikan, strategi untuk menghasilkan rekabentuk penyelidikan, serta konsep skala dan pengukuran di dalam penyelidikan. Selain perbincangan secara teoritikal, buku ini turut membincangkan kaedah analisis data dan pengujian hipotesis secara praktikal. Untuk tujuan itu, buku ini menyediakan garis panduan dan tatacara penggunaan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) secara praktikal untuk membantu penyelidik melakukan data entry dan analisis data bagi tujuan interpretasi data bagi menjawab hipotesis kajian. Seterusnya, buku ini juga membincangkan secara khusus aspek pelaporan hasil kajian yang juga merupakan salah satu dari eleman penting dalam penyelidikan saintifik. Kaedah pelaporan hasil kajian secara amnya terbahagi kepada pembentangan secara lisan dan laporan bertulis. Penulis merasakan pelaporan hasil kajian adalah sama pentingnya dengan proses menjalankan kajian. Ini adalah kerana sesebuah kajian yang baik tidak ada manfaatnya jika hasilnya tidak dapat dikongsi dengan masyarakat disebabkan oleh teknik pelaporan yang tidak efektif. Oleh yang demikian, bab ini ditulis khusus bagi tujan mendekatkan jurang interkasi antara penyelidik dan masyarakat.
Dengan penerbitan buku ini sedikit sebanyak diharapkan ia dapat dijadikan panduan oleh penyelidik yang baru berjinak-jinak dengan penyelidikan, serta pelajar-pelajar pascasiswazah yang sedang tercari-cari panduan dan rujukan untuk menjalankan penyelidikan sarjana mahupun kedoktoran.

ISBN 9789991786186


PENGENALAN Kepada METODOLOGI PENYELIDIKAN
Shahrul Nizam Salahudin Muhammad Safizal Abdullah
Abdullah Osman
Hazalina Mat Soha
Muhammad Asyraf Mohd Kassim

Authencity Guaranteed

We only sell authentic products from verified brand partners and retail partners globally.

  • Visa
  • Mastercard
  • Diners Club
  • PayPal
  • American Express