DAKWAH NUSANTARA Pelaksanaan & Cabaran

Brand: UNISSA

  • S$67.00
    Unit price per 
Shipping calculated at checkout.


BUKU DAKWAH NUSANTARA Pelaksanaan dan Cabaran, mengandungi 15 artikel berkaitan dengan penyelidikan di lima buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand. Penulisan berbentuk empirikal dan literature ini memaparkan pelaksanaan dakwah yang berlaku di negara-negara nusantara bagi melihat bagaimana ia berkembang agar dakwah Islam dilihat masih bergerak aktif sama ada secara Islahiah mahupun secara membawa misi mengajak manusia kepada kebenaran (mentauhidkan Allah SWT. Buku ini juga sebagai saluran atau wasilah yang memaparkan maklumat tentang perkembangan Islam di nusantara, iaitu hasil kajian para sarjana yang diharapkan boleh membantu para asatizah dan pada pendakwah menyusun strategi dakwah dengan lebih baik bagi memastikan keberkesanannya. Buku ini juga sebagai asas dalam pembentukan pendakwah agar lebih profesional dalam melaksanaan tugas warisatul anbiya ini. Istimewanya buku ini ialah penulis-penulis yang dihimpunkan dari pelbagai universiti di Malaysia, Brunei dan Indonesia dan dua orang daripadanya telah meninggal dunia pada tahun 2023. Semoga hasil penulisan ini akan bermanfaat dan menjadi saham yang baik untuk penulisnya.

NORRODZOH @ NOR RAUDAH HJ SIREN - dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor. Pensyarah dalam bidang Media dan Dakwah di Universiti Malaya. Aktif dalam penulisan fiksyen dan karya ilmiah. Telah menulis 30 artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa, 14 buah buku, 44 artikel dalam bab buku dan 15 penulisan lain termasuk penulisan rencana untuk majalah. Aktif juga dengan NGO Dakwah seperti PERKIM, Majlis Dakwah Negara, Kelab Mantap Daie dan YADIM. Boleh dihubungi melalui facebook: Nor Raudah Hj Siren atau email dr.raudah@gmail.com / raudah68@um.edu.my

HAJAH RASINAH BIN HAJI AHIM merupakan penolong Kanan Profesor di Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Beliau mempunyai latar belakang pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Aqidah dan Falsafah), Universiti Al-Azhar, Kaherah Mesir, Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Usuluddin dan Falsafah), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (Agama dan kemasyarakatan) dari Universiti Malaya, Malaysia. Fokus penyelidikan dan penerbitan beliau adalah dalam bidang aqidah, dakwah dan sains sosial. Beliau boleh dihubungi melalui rasinah.ahim @unissa.edu.bn

ISBN 978-99984-51-42-1
9 789998-451421

Customer Reviews

Be the first to write a review
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)

We Also Recommend

Oil Palm Cultivation and Its Environmental Consequences

Oil Palm Cultivation and Its Environmental Consequences

Regular price S$23.00
INTRODUCTION TO AQUAPONIC SYSTEM

INTRODUCTION TO AQUAPONIC SYSTEM

Regular price S$23.00
CURRENT TRENDS In Technology and Innovation

CURRENT TRENDS In Technology and Innovation

Regular price S$33.00
UNDERSTANDING THE ISRAEL-PALESTINE CONFLICT

UNDERSTANDING THE ISRAEL-PALESTINE CONFLICT

Regular price S$99.00
INTROSPEKSI BINA KEYAKINAN DIRI

INTROSPEKSI BINA KEYAKINAN DIRI

Regular price S$7.00

x