BIOGRAFI MUHAMMAD RASULULLAH: RAHMAT BAGI SELURUH ALAM
Alangkah beruntungnya kita kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Rasulullah SAW ialah manusia luar biasa, mempunyai sifat timbang rasa, berani, adil dan bersopan santun sekali. Baginda tidak menggunakan apa yang ada pada dirinya untuk menjadi suami yang angkuh dan sombong. Sebaliknya, baginda sendiri sering menolong isteri dalam hal rumahtangga. Sebagai pemimpin pula, baginda tidak pernah menggunakan kuasa untuk bersifat angkuh menyombong diri dan mencela orang bawahan. Baginda sentiasa ramah mesra, sopan-santun dan murah hati tanpa memilih puak, darjat dan keturunan.
ISBN: 9789833764877
Format: KULIT TEBAL
Publication Date: 2012
Publisher : PUSTAKA AL EHSAN
Pages: 457