Tarsilah Brunei: Peralihan Ke Arah Brunei Moden Jilid IV
Buku Tarsilah Brunei: Peralihan Ke Arah Brunei Moden (Tahun 1828-1924 Masihi), Jilid IV hasil penulisan Allahyarham Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Profesor Kehormat Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Haji Awang Umar, mantan Pengetua Pusat Sejarah Brunei. 9789998452022
Kandungan buku ini membincangkan mengenai sejarah Sultan ‘Omar ‘Ali Saifuddien II (Sultan Brunei ke-23); Sultan Abdul Momin (Sultan Brunei ke-24); Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (Sultan Brunei ke-25) dan Sultan Muhammad Jamalul ‘Alam II (Sultan Brunei ke-26).
Objektif penerbitan buku Tarsilah Brunei: Peralihan Ke Arah Brunei Moden (Tahun 1828-1924 Masihi), Jilid IV antara lain ialah:
- Penerbitan buku ini mengambil sukut baik 56 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji ‘Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
- Menanai titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama mementingkan keperluan mempelajari sejarah Islam bagi generasi masa kini dan akan datang.
- Menyebarluaskan peranan dan fungsi Pusat Sejarah Brunei sebagai institusi penerbitan sejarah dan Kesultanan Brunei selaras dengan Pusat Kecemerlangan Sejarah dan Kesultanan Brunei.
- Memperkaya sumber dan maklumat berharga kepada warga Brunei bagi sama-sama menanai dan memajukan tanah air dalam semua bidang.
- Menarik minat orang ramai khususnya golongan belia, para akademik, penyelidik dan pencinta sejarah untuk sama-sama mempelajari, mengetahui dan memahami sejarah tanah air.
- Sebagai sumber inspirasi dalam merancang pembangunan masa depan negara.
- Memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih peka akan peranan sejarah dalam pembangunan negara.
- Menyemarakkan cinta kepada raja, bangsa, agama dan negara.