FATWA MUFTI KERAJAAN NBD 2019
Buku Fatwa Mufti Kerajaan ini adalah himpunan soalan dan pertanyaan yang diajukan oleh berbagai pihak dan golongan masyarakat Islam di sepanjang tahun 2019 yang lalu dan dijawab dalam bentuk fatwa.
Salah satu ciri khas fatwa ini ialah bukan sahaja memberikan jawaban terhadap soalan/permasalahan yang ditanyakan dan dipohonkan penjelasan hukum mengenainya, tetapi juga turut menghuraikannya dari berbagai aspek pandangan ulama-ulama mu’tabar Ahli Sunnah wal-Jama’ah, disamping penghuraian tersebut juga penuh dengan ciri-ciri ilmu pengetahuan yang mudah dihayati.
Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2019 ini, mengandungi jawapan hukum yang berkait rapat dengan persoalan kehidupan seharian umat Islam, yang difatwakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, antara persoalan itu ialah mengenai ibadat seperti sembahyang, puasa dan Haji & Umrah; persoalan-persoalan mengenai Muamalat seperti jual-beli dan wakaf; termasulah juga persoalan-persoalan tentang kebudayaan, haiwan, pakaian dan perhiasan, as-Siyasah asy-Syar’iyyah dan al-Mutafarriqat. 9789991760827