SEMBAHYANG-SEMBAHYANG SUNAT DAN PERSOALANNYA
Buku Sembahyang-Sembahyang Sunat dan Persoalannya ini mengandungi himpunan/kompalisi Irsyad Hukum yang ditulis oleh pegawai-pegawai Bahagian Buhuts dan Irsyad, Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam.
Dikumpul, kemudian diterbitkan dalam sebuah buku dengan mengambil kira bahawa sembahyang sunat itu tidak boleh dipandangan ringan kerana ia amat besar fadhilatnya. Selain mengharap rahmat dan maghfirah, sembahyang sunat juga dapat menampal mana-mana kekurangan yang mungkin tidak disedari di dalam sumbahyang fardhu.
Kandungan buku ini diharap dapat membantu menyelesaikan beberapa masaalah dan persoalan yang sering menjadi tanda tanya tentang sembahyang-sembahyang sunat itu, seperti permasaalahan dalam menunaikan sembahyang Hari Raya, sembahyang Witir, sembahyang Sunat Thawaf dan seumpamanya.
Ketiga-tiga terbitan terbaharu Jabatan Mufti Kerajaan ini mempunyai nilai keilmuan yang tersendiri, amat bermanfaat untuk dikongsikan dan disebarluaskan di kalangan masyarakat Islam dan amat berguna sebagai panduan ke arah kesempurnaan ibadah dan kesempurnaan hidup sehari-hari umat Islam.
Ketiga-tiga buku tersebut boleh dibeli di kedai buku Jabatan Mufti Kerajaan pada waktu pejabat, dan dalam waktu yang terdekat boleh dibeli di kedai-kedai buku yang terpilih di negara ini.