Wakaf Sudah Tiba Masanya Untuk Berubah
Wakaf merupakan salah satu sumber kekayaan Islam dan telah menyumbang kepada kekuatan ekonomi masyarakat Islam pada masa dulu. Kehebatan wakaf tidak dapat dipertikaikan lagi menurut catatan sejarah dan kronologi yang telah dilakarkan serta dapatan kajian oleh banyak pengkaji kerana ia adalah institusi terpenting yang memberikan sumbangan besar dalam pembangunan ummah. Pelbagai kebaikan mampu diraih melalui kejayan pembangunan dan perkembangan institusi wakaf seperti aspek pembangunan ummah yang merangkumi pembangunan insan atau spiritual, sosial dan sosioekonomi. Buku ini mengandungi 6 bab. Bab pertama membincangkan mengenai pendedahan kepada elemen yang berkaitan dengan wakaf dari segi jenis, karakter serta perbezaannya dengan sedekah. Sementara dalam bab kedua pula menyentuh kronologi wakaf yang berlaku dari dulu hinggalah sekarang. Kisah dermawan dari semua peringkat menghiasi bab ketiga dengan mendatangkan model-model srikandi yang telah menyumbang dalam dunia perwakafan. Bab keempat membicarakan fenomena wakaf di Brunei Darussalam bagi memperjelaskan kedudukannya serta isu dan cabaran yang dihadapi. Bab lima mengemukakan beberapa cadangan bagi menyelesaikan halangan dan tantangan dalam usaha melestarikan dan memperkasa wakaf. Kini wakaf sudah tiba masnya untuk berubah dengan mengaplikasikan multi produk wakaf serta transformasi wakaf komersial merupakan penutup penulisan dalam buku ini. 9789991786827