PERANG HUNAIN: HIKMAH DAN PENGAJARAN BY ABDUL LATIP TALIB
Perang Hunain adalah pertempuran antara Nabi Muhammad s.a.w dan pengikutnya melawan kaum Badwi dari suku Hawazin dan Tsaqif. Pertempuran ini berakhir dengan kemenangan bagi kaum Muslimin.
Ia adalah salah satu pertempuran yang disebut dalam Al-Quran, iaitu surah At-Taubah, ayat 25-26:
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudia Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, sserta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir."
9789671460696