Mutiara Ilahi Di Bumi Anbiya
Rasa syukur dipanjatkan ke Hadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan izin-Nya jua mengurniakan kekuatan, ketabahan, kesabaran dan menggerakkan hati kecil
ini untuk menerbitkan sebuah buku sekelumit yang memperlihatkan keagungan ugama Islam.
Buku ini juga disisipkan dengan suasana nostalgik orang Brunei menunaikan ibadat dan keadaan mereka semasa haji menggunakan kapal laut dan seterusnya kemudahan menaiki pesawat kapal terbang.
Selain rakaman fotografi, perjalanan spiritual ini juga penulis coretkan dalam beberapa rentetan cerita daripada pengalaman dan pengamatan penulis sendiri ketika menunaikan ibadat haji dan umrah di Tanah Suci tersebut.
Semoga buku "Mutiara IIahi Di Bumi Anbiya" akan sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi manfaat sebagai rujukan peribadi yang amat berharga bagi umat Islam yang berhasrat menunaikan ibadat haji dan umrah dengan memaparkan gambaran awal mengenai aura kota suci umat Islam ini.