MENGENALI ALIRAN SYI'AH DAN MAZHAB AHLUL BAIT
Akhir-akhir ini, telah muncul isu golongan umat Islam yang mendakwa diri mereka sebagai golongan atau pengikut Ahlul Bait. Dakwaan mereka ini ingin menyatakan kepad aumat Islam di alam Melayu ini bahawa sebenarnya ajaran ISlam yang sebenar adalah apa yang dibawa oleh golongan Ahli Bait iaitu warisan agama yang bersumber dari keluarga Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam, khususnya keturunan Sayidina Ali bin ABi Thalib dan Sayidatina FAtimah binti Muhammad. Mereka ingin mengelabui mata umat Islam di rantau ini yang majoritinya berfahaman Ahli Sunnah wal Jama'ah bahawa pegangan ugama umat Ialam di rantau ini perlu perubahan kepada ajaran Syi'ah atau ajaran Ahlul BAit. Ini terjadi kerana dukungan moral yang diterima oleh kerajaan Persia sejak kejayaan revolusi Khamoini pada akhir tahun 1970-an. Mereka seakan-akan menganggap bahawa kemenangan dan kejayaan revolusi mereka ini menunjukkan kebenaran kefaham ugama Islam mereka juga sama. 9789991762661