IKHTISAR KEFAHAMAN AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH DAN KESAN-KESANNYA DI NBD
Siapakah yang dikatakan Ahli Sunnah wal Jama'ah? Bagaimana ianya mula berkembang di negara ini? Apakah pegangan atau ajaran sesat yang pernah disebarkan yang boleh menggugat aqidah masyarakat Islam di negara ini serta apakah ajaran-ajaran yang disebarkan oleh mereka? Ikhtisar Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah Dan Kesan-Kesannya Di Neagra Brunei Darussalam hasil nukilan Yang BErhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Bin Pengiran Haji Abd. Rahman. Buku ini mengandungi 3 bahagian iaitu bahagian pertama menghuraikan mengenai latar belakang Ahli Sunnah Wal Jama'ah, I'tiqad, Prinsip serta kefahaman-kefahaman yang bertentangan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah. Manakala bahagian kedua pula mengandungi bagaimana Aliran Ahli Sunnah Wal Jama'ah mendominasi dan menghadapi cabaran di Negara Brunei Darussalam. Bahagian yang terakhir iaiatu bahagian yang ketiga menceritakan tentang sejarah para ulama yang terdahulu dalam mereka memperjuangkan ajaran serta I'tiqad Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan menghadapi setiap cabaran dan memperluaskan serta memperkembangkan ilmu Islam di Negara Brunei Darussalam. 9789991755250