#GHOST by Zura Rahman

#GHOST by Zura Rahman

KarnaDya Publishing

  • S$9.90
    Unit price per 
Shipping calculated at checkout.


Dia bagaikan halimunan. Kewujudannya diakui,tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama -GHOST

Apabila geng gagak hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.

Budi yang ditabur, telah mengheret Dr. Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?

Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.

If there is no one else that you can trust, trust yourself. But, if you can't even trust yourself,you have to trust me - GHOST

Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?

Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.....penuh kedukaan. Dia.....diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areen Siapa dia sebenarnya?

Paperback, 614 pages Published by karnaDya ISBN13 9789674062606 Language Malay


We Also Recommend

LEGENDARY HORROR AND MYSTIQUE: OUR BRUNEIAN STORIES 1 & 2

LEGENDARY HORROR AND MYSTIQUE: OUR BRUNEIAN STORIES 1 & 2

Regular price S$15.00
Mangsa Cinta Pengedar Dadah Umur 12 Tahun by Shasya Ali

Mangsa Cinta Pengedar Dadah Umur 12 Tahun by Shasya Ali

Regular price S$6.00
LEGENDA SERAM DAN MISTIK CERITA-CERITA BRUNEI KITANI 1 & 2

LEGENDA SERAM DAN MISTIK CERITA-CERITA BRUNEI KITANI 1 & 2

Regular price S$15.00
REAL GHOST STORIES OF BORNEO 1-3 BY DR AAMMTON ALIAS

REAL GHOST STORIES OF BORNEO 1-3 BY DR AAMMTON ALIAS

Regular price S$15.00
Twilight by Peter James

Twilight by Peter James

Regular price S$29.90

x