Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Pusat Sejarah Brunei

Return to Previous Page

List Grid

Buku ini merupakan himpunan kertas-kertas kerja ‘Seminar Serantau: Sejarah dalam Pembangunan Negara’ yang bertemakan ‘Membangun Berteraskan Konsep Melayu Islam Beraja’, anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Negara Brunei Darussalam, dikelolakan secara bersama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) pada 10-11 Januari 2009.
Dalam usaha menanam dan mengukuhkan konsep Melayu Islam Beraja kepada seluruh rakyat dan penduduk serta masyarakat yang bernaung di bawah payung negara ini, seminar yang dianjurkan itu adalah salah satu usaha yang berterusan bagi sama-sama mendukung kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sebagai Raja dan Ketua Negara yang meletakkan kedudukan Melayu Islam Beraja itu sebagai falsafah negara dan teras kehidupan. Sumbangan dan jasa Baginda dalam membangun negara di sepanjang pemerintahan Baginda, khususnya dalam bidang sosial dan ekonomi sejak tahun 1967, adalah suatu peristiwa bersejarah yang sangat penting bagi Negara Brunei Darussalam, dan sudah sepatutnya ditonjolkan dan dirakamkan dalam bentuk penganjuran seminar seumpama itu. Hasil seminar inilah terhimpunnya kertas-kertas kerja yang sangat ‘membina’ daripada pakar-pakar sejarah khususnya dalam bidang sejarah sosial dan ekonomi; dan Pusat Sejarah Brunei, seperti institusi-institusi lain yang sama-sama memainkan peranan dalam mendukung kempimpinan raja, tidak melepaskan peluang ini mengungkayahkan pemberigaan himpunan kertas-kertas kerja tersebut menjadi sebuah buku yang dapat dijadikan rujukan kepada generasi kini dan akan datang.
Sesungguhnya, usaha pemberigaan ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu yang sangat berguna dan memberi manfaat dalam membangun dan memajukan lagi Negara Brunei Darussalam, selain memupuk rasa kesedaran dan keinsafan, khususnya kepada rakyat dan penduduk negara ini, bahawa pembangunan dan kemajuan itu tidak akan dicapai tanpa ada usaha gigih dan kerjasama semua pihak.

Sejarah Dalam Pembangunan Negara

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 332 | ISBN: 9789991734996

$13.50

Loading Updating cart…

Buku ini merupakan himpunan kertas-kertas kerja ‘Seminar Serantau: Sempena Sambutan Jubli Emas Perlembagaan Negeri Brunei 1959’ dengan tema ‘Perkembangan dan Kecemerlangan 50 Tahun Perlembagaan Negara Brunei Darussalam’ anjuran Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR)pada 17-19 Jun 2011 bersamaan 15-17 Rejab 1432.
Perlembagaan Negara Brunei 1959 yang dirancang pada Mei 1953 telah ditandatangani pada 29 September 1959. Dengan termeterainya Perlembagaan Negara Brunei 1959, ia telah mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pewaris sah bumi Darussalam ini, di samping tiga identiti penting dan utama; majoriti bangsa Melayu diangkat kepada kedudukan yang tinggi dalam sistem politik dan sosial negara ini, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam sebagai agama rasmi negara, dan Sultan diletakkan sebagai kuasa pemerintah tertinggi negara. Bermula dari saat pengisytiharan dan permasyhuran perlembagaan itu, pemerintahan Brunei diambil alih sepenuhnya oleh pentadbiran Brunei daripada British, dan menjadi asas kepada kemerdekaan Brunei pada 1984. Pada tahun 2009, Perlembagaan Negeri Brunei 1959 telah mencapai usia 50 tahun.
Usaha memperingati 50 tahun Perlembagaan Negeri Brunei 1959 merupakan satu langkah yang sangat penting dan besar ertinya kepada rakyat dan penduduk negara ini dalam sama-sama merasakan perjuangan demi untuk mempertahankan kedaulatan negara, sehingga akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan walau terpaksa melalui perjalanan yang berliku dalam tempoh yang amat panjang. Dalam erti kata lain, ‘Seminar Serantau : Sempena Sambutan Jubli Emas Perlembagaan Negeri Brunei 1959’ yang diadakan itu memberi kesedaran kepada kita semua orang-orang Brunei untuk terus menanai tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat Brunei yang mampu membawa kelangsungan tamadun negara bangsa, Brunei Darussalam, terutama kepada generasi muda untuk mereka mengenal erti sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Maka di sinilah kita dapat melihat akan pentingnya peranan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 pada menentukan arah tuju pembangunan, kemajuan dan kecermelangan bangsa dan negara. Sejarah perjuangan penggubalan dan liku liku perkembangan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang diterajui oleh Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’dul Khairi Waddien perlu ditelaah, dititi, dirungkai, dan dihuraikan dengan penganalisaan sejarah yang mendalam supaya dihayati dan dihargai oleh generasi muda khususnya, dan sentiasa relevan sebagai landasan kepada pembangunan, keharmonian, kestabilan dan keselamatan bangsa dan negara dalam apa jua situasi dan zaman, malah mampu menjadi iktibar dalam meniti kehidupan di bawah ‘Raja Payung Negara’.

Survival Negara Bangsa

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 278 | ISBN: 9789991763019

$10.00

Loading Updating cart…

Buku ini dapat merungkaikan sejarah perjalanan pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin dan peristiwa pahit manis yang dilalui oleh baginda untuk dihayati bersama. Isi kandungannya antara lain adalah mengenai impian dan visi Sultan Ahmad Tajuddin untuk membangun Negeri Brunei. Pada zaman baginda, transisi kemodenan dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial telah bermula. Walau bagaimanapun, semasa menerajui takhta kerajaan, baginda telah menghadapi pelbagai pergolakan dan rintangan khususnya ketika Brunei di bawah pemerintahan Sistem Residen dan pendudukan Jepun setelah tercetusnya Perang Dunia Kedua yang telah banyak membawa kesengsaraan dan kemusnahan kepada penduduk dan prasarana negeri ini. 9991734813

1. About the Author(s): Awang Haji Muhaimin bin Haji Mohamed.

2. New or Used: Baru                  3. Condition (1-5): 5/5

from $12.00

Read More
Loading Updating cart…

In the history of Brunei Malay Literature, the name of Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien as an elite Potential Brunei Malay writer cannot be denied. Al-Marhum had developed and influenced the creative style to the extent of making him a serious thinker, replete of ideas, opinions, thoughts and interesting philosophies, meaningful and high quality.

1. Book Details:

  • Author: Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Jamil Al-Sufri
  • Cover: Paperback, 102 Pages
  • Genre: History
  • Language: English
  • Publisher: Brunei History Centre Bandar Seri Begawan 2010

2. Book Summary: In the midst of his preoccupation in organising the administration of the country and considering programmes to be drafted, Al-Marhum was still able to spare time to produce number of books of syair poems amongst which are Syair Nasihat; Syair Asli Rajang Hari; Syair Rajang Jenaka; Syair Perkakas Pekarangan; Syair Perlembagaan Brunei (1960) and Rampaian Laila Syair (1966) and all these being discussed in this Royal Poet book.

3. About the Author(s): Pehin Orang Kaya Amar Diraja Dato Seri Utama (Dr) Haji Awang Jamil Al-Sufri

4. New or Used: New5. Condition (1-5): 5/5

from $11.00

Read More
Loading Updating cart…

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS