Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri

Return to Previous Page

List Grid

Melayu Islam Beraja – sebenarnya bukan baru tetapi sudah lahir semenjak beberapa abad lagi. Ianya tidak lebih dari menunjukkan bentuk dan corak Kerajaan Brunei Darussalam yang tulen : Kerajaan Melayu Islam yang Bersultan atau Beraja, sebagai sifatnya sebuah Kerajaan Islam, maka ia adalah yang terbaik dan terunggul serta paling adil untuk semua lapisan rakyat dan penduduk di negara (Brunei) ini, sama ada mereka itu beragama Islam ataupun tidak.
-Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (Pelita Brunei, 25 Julai 1990)

Melayu Islam Beraja Hakikat dan Hasrat by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Negara Brunei Darussalam | Published: 2008 | Format: Paperback | Pages: 263 | ISBN: 9991734643

$18.00

Loading Updating cart…

Buku 8 Disember: Dalangnya Siapa? ini disusun untuk merakamkan sebahagian daripada sejarah pahit Brunei yang masih segar dalam ingatan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam. Mudah-mudahan ia dapat menjadi iktibar dan pengajaran serta contoh tauladan yang berguna kepada masyarakat kerana sejarah itu merupakan guru sepanjang zaman.

Buku ini terbahagi kepada lapan bab. Tiap-tiap bab diolah dengan teliti menurut fakta dan kesesuaiannya – didahului dengan pendahuluan yang memperkenalkan secara ringkas tentang pengaruh Barat di Brunei. Sistem Residen, Sistem Pendidikan Barat, Pendudukan Jepun, dan pentadbiran Tentera British (BMA) di Brunei merupakan penyumbang positif kepada anak-anak jati Brunei keluar daripada kepompong kehidupan dan nilai-nilai tradisi negatif. Peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam empat fasa citra hidup berbangsa dan bertanah air: Brunei Darussalam.

8 Disember: Dalangnya Siapa? by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2003 | Format: Hardcover | Pages: 251 | ISBN:

$25.00

This book, Tarsilah Brunei Vol. II: Period of Splendor and Fame, is a follow up of an earlier publication entitled Tarsilah Brunei: The Early History of Brunei Up To 1432 AD, Vol. I.The contents of this book Tarsilah Brunei is about the histories and elucidation on the Sultans of Brunei, starting from the fourth Sultan of Brunei; Sultan Sulaiman, right up to the tenth Sultan of Brunei; Sultan Abdul Jalilul Akbar. Besides that the book also touches on the relationship and connection of the genealogy of the Brunei Sultan with several other countries of Southeast Asia, such as Java, Pahang, Sambas and Sulu.

Tarsilah Brunei II: Period of Splendor and Fame by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: English | Publisher: Brunei History Centre | Published: April 2010 | Format: Paperback | Pages: 167 | ISBN: 9991734511

$18.00

Loading Updating cart…

Negara Brunei Darussalam antara negara tua di rantau ini yang mempunyai sejarah yang banyak tetapi belum rapus diketahui dan ditulis kerana kekurangan data atau bahan rujukan utama, terutama dalam period K.M. XVIII. Namun demikian, tinggalan-tinggalan lama yang ada seperti monumen, artifak, matawang, dokumen, salasilah, manuskrip dan tradisi lisan sedikit sebanyak telah dapat memberikan informasi dan gambaran masa lalu itu.

Buku Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam ini adalah hasil penyelidikan sejarah Brunei yang diusahakan oleh penulisnya yang dipisi daripada sumber dan informasi yang disebutkan. Jilid pertama cetakan kedua ini merangkumi hasil penemuan daripada penyelidikan yang telah dijalankan oleh penulis sejak tahun 1990. Ia juga telah disunting dan dikemaskinikan, mengandungi hujah-hujah dan kesimpulan yang mungkin berbeza daripada cetakan pertama.

Bab pertama buku ini menghuraikan sejarah awal dan asl usual nama Brunei, kedudukan geografinya serta hubungannya dengan negara-negara persekitarannya. Bab kedua menghuraikan asal usul Raja-Raja Brunei dan hubungan kekeluargaannya dengan Raja-Raja di rantau Alam Melayu. Bab ketiga pula, di samping menghuraikan mengenai kedatangan Islam ke Nusantara dan negeri yang awal menerima kedatangan Islam, juga menghuraikan tentang tarikh awal Brunei menerima kedatangan Islam dan peranannya dalam penyebaran Islam. Manakala Bab keempat menghuraikan Salasilah Sultan Sharif Ali pancir keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang terkenal dengan nama Sultan Berkat datang ke Brunei dan peranan baginda dalam membangun Brunei khususnya dalam pemerintahan dan penyebaran Islam di Brunei.

Dengan terbitnya buku ini, adalah diharapkan ianya dapat menyingkap dan memperluaskan bidang pengkajian sejarah Brunei bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malahan juga digunakan sebagai bahan rujukan bagi sejarawan-sejarawan dan pengkaji-pengkaji dari luar negara yang berminat dalam menyelidik mengenai Kesultanan Brunei.

Tarsilah Brunei Jilid 1: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2001 | Format: Hardcover | Pages: 141 | ISBN: 9991734074

$17.90

Loading Updating cart…
Sale!
Dato Godam by Dr Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri (Hardcover)

Buku Dato Godam ini merupakan jilid pertama. Kandungannya antara lain mencatatkan susur-galur dan jurai keturunan Dato Godam hingga masa kini. Dato Godam atau Raja Umar bin Bendahara Harun adalah putera Diraja Minangkabau yang datang dan berkahwin di Brunei pada zaman pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15, memerintah TM 1690-1710). Menurut sejarah Brunei, Khususnya pada zaman yang disebutkan, diriwayatkan bahawa Dato Godam mempunyai peranan yang istimewa dalam membantu Sultan Nasruddin menjalankan pemerintahan dan pentadbiran baginda. Sebagai mengingati jasa-jasa beliau itu, Sultan Brunei telah berjanji akan mengurniakan keistimewaan kepada anak cucu Dato Godam yang ada di Brunei turun-temurun. Sehingga zaman ini keturunan Dato Godam tersebut dianggap sebagai keluarga yang bertaraf tinggi sebagaimana taraf Dato Godam di Minangkabau, dan mereka digolongkan sebagai keturunan ‘Awang-Awang Damit’. Daripada keturunan Dato Godam inilah juga dipilih oleh Sultan-Sultan Brunei untuk dikurniakan gelaran ‘Menteri’, iaitu pembesar negara yang turn-temurun, sebagaimana akan dinyatakan riwayat sebahagiannya dalam buku ini.

Buku ini mengandungi 32 bab yang memaparkan beberapa tokoh utama daripada kalangan keturunan Dato Godam, iaitu Manteri Uban, Manteri Puteh, Manteri Omar, Pehin Orang Kaya Laila Aminuddin, Pehin Jawatan Dalam Awang Ahad, Awang Untong, Nakhoda Asmat, Pehin Orang Kaya Laila Pahlawan Tunjol, Syed Hasan, Bungku Zaleha, Dayang Sharbanun, Awang Badaruddin, Awang Tahir, Awang Muhammad, Dayang Lamiah, Awang Abu Bakar, Pehin Khatib Haji Awang Abdul Latif, Pehin Datu Perdana Manteri Rdin Haji Abdul Rahman, Nakhoda Haji Awang Abbas, Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Awang Abdul Karim, Pehin Datu Perdana Manteri, Pehin Orang Kaya Digadong Seri Nara Ratna Indera Pengiran SEri Ahmad, Awang Mirasan, Awang Ibrahim, Penglima Othman, Awang Sulaiman, Awang Aliuddin, Manteri Mariam, Awang Abdul Ghafur, Awang Mat Serudin dan Pehin Orang Kaya Shahbandar Awang Muhammad Salleh. Tokoh-tokoh inilah yang menurunkan zuriat Dato Godam hingga sekarang.

Diharapkan buku ini akan dapat menjadi rujukan bagi mereka yng berkenaan dalam menentukn asal usul dan jalinan keluarga masing-masing. Di samping itu akan dapat pula merapatkan semula hubungan kekeluargaan mereka yng bertempiaran supaya tidak ak terus menular mengikutarus yang boleh merenggangkan atau memutuskan hubungan tersebut.

Dato Godam by pehin-jawatan-dalam-seri-maharaja-dato-seri-utama-dr-haji-awang-mohd-jamil-al-sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2008 | Format: HArdcover | Pages: 495 | ISBN: 9991734368

$38.00

$35.00

Buku Satu Pemikiran Mengenai Corak Pendidikan Untuk Brunei Darussalam Berasaskan Islam: Melalui Pengalaman dan Sejarah ini disusun untuk memperlihatkan mengenai pendidikan tradisional masyarakat Brunei yang berasaskan budaya, adat istiadat dan ugama.

Buku ini terbahagi kepada 10 bab. Tiap-tiap bab diolah dan dipisi dengan teliti bersandarkan Al-Quran dan Sunah Rasul serta petikan-petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi melahirkan generasi muda pemikir dan terpelajar yang sempurna di dunia dan di akhirat – didahului oleh sebuah “Pendahuluan” yang membicarakan secara ringkas mengenai pendidikan formal dan tidak formal yang wujud dalam masyarakat Brunei bagi melahirkan calak Brunei.

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2008 | Format: Hardcover | Pages: 348 | ISBN:

$51.00

Loading Updating cart…

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS