Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Mia Kiff

Return to Previous Page

List Grid

Dania – Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff.

Afiff – Bagi Dania, Afiff adalah lelaki yang paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain? Sampai bila Afiff mampu bersandiwara demi menyembunyikan sisi gelapnya?

Khaliff – Lelaki penyayang yang menjadi sang pelindung buat Dania, saat duka mahupun gembira. Tekadnya bulat, mahu memperisterikan Dania. Namun cintanya terpaksa dikorbankan demi menebus kemaafan atas perbuatan silam arwah mamanya.

Irdina – Kenapa kau hadir di saat segala kisah duka sudah hampir telerai, saat sinar bahagia sudah mula menjenguk jendela hati? Kau memang perosak, Irdina!

“Kenapa kau kahwin dengan aku? Apa niat sebenar kau? Aku pelik, sebab aku tak rasa yang aku ni macam isteri orang. Aku je yang beria-ia nak jadi isteri solehah, tapi kau? Aku rasa macam aku ni isteri simpanan kau je. Kita ni dah macam housemate!” – Dania

“Aku tak pernah sentuh Nia. Kami tak pernah jalani kehidupan seperti suami isteri yang lain. Dia tu aku anggap macam isteri simpanan aku je.” – Afiff

“Baiklah, kalau itu yang ummi inginkan daripada Khaliff, kalau mengorbankan cinta Nia boleh melangsaikan dendam ummi pada arwah mama, Khaliff akan lepaskan Dania pada Abang Afiff.” – Khaliff.

“Afiff, sudahlah tu. Biarlah isteri you tahu hubungan kita. Dah tak boleh nak tutup lagi dah rahsia ni, satu Malaysia pun dah tahu. So, you sebagai bakal madu I lah ya? Hmm, I tak kisah pun bermadu dengan you. I tahu, Afiff akan berlaku adil. Kan sayang?” – Irdina

Bukan Isteri Simpanan by Mia Kiff

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: GEDE BOOK | Published: 2014 | Format: Paperback | Pages: 766 | ISBN: 9789670185521

$18.90

Loading Updating cart…

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS