Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Setia Hujung Nyawa by Fatin Nabila

nollybook.com » BOOKSTORE » NOVELS » MALAY NOVELS » Setia Hujung Nyawa by Fatin Nabila
Return to Previous Page

Setia Hujung Nyawa by Fatin Nabila

Sale!

Setia Hujung Nyawa by Fatin Nabila

Old Price: $19.00
Price: $15.20
You save: $3.80 (20.00%)
Product code: 7253
Availability: in stock

Info Buku Setia Hujung Nyawa, Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi penasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu-bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zaintakkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. 9789831246993

1. About the Author(s): Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Feb­rua­ri 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang ke­wartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau berazam mahu menjadi seorang penulis yang di­segani dan mampu mendekatkan dirinya dengan golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya. Novel DAKAPAN RINDU, karya pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat memberi hiburan bermakna dan buah fikiran seadanya kepada mereka yang gemar membaca kisah-kisah percintaan.

2. New or Used: New                          3. Condition (1-5): 5/5

Setia Hujung Nyawa by Fatin Nabilasetia-hujung-nyawa-fatin-nabila-9789831246993


Personalize Your Product

Complete this form to include a personalized message with your purchase.

Loading Updating cart...

LATEST DEAL

The Great Gatsby (Official Film Edition)

Old Price: $19.00

Price: $13.30

You save: $5.70