Loading the content... Loading depends on your connection speed!

MALAY NOVELS

Return to Previous Page
Pages: < Previous 1 2 34

List Grid

Antara mereka pengikatnya adalah Ain. Saat hubungan yang erat terputus, Qartini dipersalahkan lalu kesemuanya membawa haluan sendiri. Lima tahun berlalu, sekeping kad undangan perkahwinan mencipta pertemuan. Luka lama kembali berdarah! 9789831243299

1. About the Author(s): Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd.

2. New or Used: USED                    3. Condition (1-5): 3/5

$7.00

Rasa cinta Amnani pada Hakimi yang sudah lama terpendam akhirnya terbalas setelah Hakimi melamarnya. Namun semua itu hanya mimpi bila Hakimi sebenarnya berniat untuk mengkhianatinya sehingga dia terpaksa hidup merempat. Kehadiran Zhafri, lelaki yang pernah dijumpainya sebelum ini datang menghulurkan bantuan tapi dengan syarat; dia harus mengahwini lelaki itu. Apakan daya, dia tak mampu menolak biarpun dia benci pada lelaki itu. Huluran Zhafri disambut tanpa dia sedari yang lelaki itu sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Ketenangan hidupnya diganggu Hakimi bila lelaki itu datang semula menghulurkan kemaafan dan menagih kasih padanya. Hatinya berbelah bagi hendak memilih satu antara dua. Antara cinta pertama atau kewajipannya sebagai seorang isteri. Antara Chocolate Mousse atau Cheese Cake. Mana satukah pilihannya? 9789670342986

1. About the Author(s): Syahirah Ibrahim

2. New or Used: Baru                    3. Condition (1-5): 5

$18.90

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya , pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti! BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang… hati mana yang tak sengsara?

1. About the Author(s): Ayu Emelda

2. New or Used: New                                3. Condition (1-5): 5/5

$14.00

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa… walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara. Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek. Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal. Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka. Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 9789675067969

1. About the Author(s): Suri Ryana Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril? Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

2. New or Used: Baru                 3. Condition (1-5): 5/5

Isteri Separuh Masa

$18.00

Apy Elina, wanita yang menyimpan cita-cita tinggi untuk memimpin pasukan bola keranjang suatu hari nanti. Apabila cita-citanya itu direstui oleh ibunya, dia mengambil keputusan nekad untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Akan tetapi, terdapat halangan yang perlu ditempuhi. Aku tak sangka, nak cari kerja lebih susah daripada cari calon suami. Dan aku tak tahu apa kena-mengena dengan umur 25 tahun dengan kerja yang ditawarkan. Mungkin aku berusia 25 tahun, tapi itu tak bermakna aku dah tua. Angka tak bermakna apa-apa! Orang kata, jikalau ada usaha, di situ akan ada jalan. Akhirnya, dalam masa yang singkat, Apy Elina berjaya mencapai apa yang dihajati apabila The Legend menawarkan jawatan jurulatih kepadanya. Dia sangka, cerah sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Kemunculan Adam Alexander dalam hidupnya benar-benar menguji kebolehannya memimpin The Legend.

1. About the Author(s): Ratu Bulan.

2. New or Used: New                    3. Condition (1-5): 5

$14.00

Sinopsis : Ombak Rindu
Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.
Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita 9789831240977

$9.00

Sale!
Cinta Sang Ratu by Ramlee Awang Murshid

Pastinya anda ingin mengetahui cerita seterusnya setelah membaca Bagaikan Puteri. Apa yang berlaku kepada Laksamana Sunan dan Haryani? Akhir kurun ke-15, Ratu Sulaman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan segera bangkit. Seketika tadi dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu kepadanya. 9789831242780

$17.00

$13.60

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. Adakah senyuman yang tercipta atau air mata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya… Kasyah & Ayu-Azmi & Ayu-Kasyah, Ayu & Katerina Lebih satu dekat Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang… dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja.. demi sumpahnya mencintai Ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikannya pada dunia…cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina? 9789833642168

1. About the Author(s): Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah (44) adalah seorang novelis remaja di Malaysia. Beliau kelahiran Kampung Gombak Tambahan, Gombak, Selangor. Beliau diiktiraf sebagai penulis novel terbanyak di Malaysia oleh Malaysian Book of Records (86 buah buku). Beliau juga dikatakan novelis terkaya di Malaysia hasil penjualan novel.

2. New or Used: New                           3. Condition (1-5): 5

$20.90

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah? Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru… Kasih Yang Suci

1. About the Author(s): Meen Zulaika

2. New or Used: New                                          3. Condition (1-5): 5

$16.50

Loading Updating cart…
Sale!
Duri by Fauziah Ashari (Paperback)

Kerapuhan ikatan kekeluargaan serta sikap egoistik membantutkan cinta dan kecintaan. DURI by Fauziah Ashari menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur. Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula dengan ibu mentua yang egoistik. Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara? Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati Sufi yang penuh duka dan dendam? 9789675289200

1. About the Author(s): Nama fauziah ashari memang tidak asing lagi dalam dunia penulisan novel. karyakaryanya sering menjadi igauan peminat-peminat remaja dan dewasa.

2. New or Used: Baru                    3. Condition (1-5): 5

Duri by Fauziah Ashari

$16.00

$13.60

Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara. Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata! Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga. Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana? Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat? 9789831241827

1. About the Author(s): AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.

2. New or Used: New                         3. Condition (1-5): 5

$15.90

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan. Islam menuntut seorang beriman kepada Allah dan melaksanakan tuntutan-Nya. Dalam melaksanakan tuntutan- Nya, pasti ada perkara yang jarang dihadapi tetapi berlaku dalam kehidupan. Apabila merujuk dalam kitab-kitab agama, ada yang memfokuskan sebahagian persoalan dan meninggalkan persoalan yang lain. Ada juga petunjuk daripada al-Quran dan hadis tetapi perlaksanaan masih terlalu samar. Buku Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persolan yang rumit dan mencabar pemikiran seseorang menjawabnya. Solan ini dihimpun hasil soal jawab orang ramai kepada Ustaz Azhar Idrus. 9789673661022

1. About the Author(s): Ustaz Azhar Idrus dilahirkan di Kampung Ladang, Kuala Terengganu pada 12 Februari 1964. Memulakan pendidikan formal di Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif Alor Setar, Kedah kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Darul Aman Alor Setar, Kedah (tingkatan 1-2) dan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu (tingkatan 3-6). Beliau mendapat pendidikan agama secara talaqqi dengan beberapa orang guru agama. Sekarang, beliau bergerak aktif mengajar dan menyampaikan kuliah agama di surau dan masjid di sekitar Terengganu serta mendapat jemputan menyampaikan kuliah di seluruh negara.

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus

$14.90

Sale!
SEHANGAT ASMARA By AISYA SOFEA

SEHANGAT ASMARA Sinopsis: Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati. Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara. Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya. Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya…. 9789831241202

1. About the Author(s): AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan

menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI. Gaya penulisannya yang tenang dan bersahaja mampu membuai perasaan dan gejolak rasa pembaca. Rasa kasih, sayang, resah dan gelisah berjaya dipancarkan melalui watak-watak dalam dunia ciptaannya.

2. New or Used: New                         3. Condition (1-5): 5

Sehangat Asmara By AISYA SOFEA

Aisya Sofea

$20.00

$16.00

Loading Updating cart…
New!
Titisan Mahabbah by Diana Amir

Titisan Mahabbah; Dalam setiap hembusan nafas, langkah dan tidur, ALLAH SWT sentiasa memerhati, Walau sering melakukan khilaf, tidak mensyukuri dan menginginkan lebih, ALLAH SWT sentiasa di sisi. Menunggu doa hamba-Nya meminta hanya kepada yang Hakiki, Kerana kemerosotan jiwa, nikmat dan hidayah yang diberi dipandang sepi. Tetapi, Allahuakhbar! Kasih-Nya tidak berbelah bagi, peringatan untuk pulang kepada yang merindui sering kembali.
Biar alam, air mata dan kalam menjadi saksi,
Lantas segala hikmah dari perjalanan hidup menuju Ilahi kuteliti,
Apabila ku sedar, tiada terhentinya ‘Titisan Mahabbah’ dari Ilahi,
Ku sambut ia dengan kesyukuran yang tidak bertepi.
Diana Amir… seorang gadis biasa yang bertindak secara luar biasa, meninggalkan zaman kegemilangan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Apa yang berlaku sebenarnya? Ranjau apakah yang dilalui sepanjang perjalanan kehidupan gadis ini?
Naskhah ini adalah himpunan kisah-kisah peribadi beliau yang mempunyai hikmah yang begitu mendalam apabila diteliti. Kisah-kisah yang disampaikan dalam bentuk bicara santai ini diintegrasikan melalui kupasan ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi agar ia bukan sekadar dibaca di minda, tetapi juga di hati. Hayatilah coretan kisah-kisah ini sebaiknya. Ia bukan sahaja penghibur di kala sunyi, bahkan pengubat keresahan hati.

$19.00

“Tingkahmu sering membuatku kaku. Bicaramu mampu membuatku kelu. Namun… bisakah aku berikan kau bahagia? Andai Aku BUKAN ISTERI SEMPURNA. Nina telah diperkosa oleh Danish Arham, kembar kepada Daniel Arman. Apabila Danish Arham melarikan diri, Daniel Arman terpaksa menggantikan tempat abang kembarnya dengan mengahwini Nina. Datuk Zainuddin yang bersangka buruk dengan Nina telah melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nina sehingga Nina melarikan diri. Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman. Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina. Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka. Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.” 9789670448411

1. About the Author(s): Tulip Ungu

2. New or Used: New                     3Condition (1-5): 5/5

Bukan Isteri Sempurna

$19.00

Pages: < Previous 1 2 34

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS