Loading the content... Loading depends on your connection speed!

MALAY NOVELS

Return to Previous Page

List Grid

Novel Dalam Mihrab Cinta (The Romance) merupakan mahakarya terbaru dari sang novelis nomor satu Indonesia, Habiburrahman El Shirazy. Dan telah diluncurkan di penghujung bulan Desember pada tahun 2010 lalu. Novel ini bahkan telah diangkat ke layar lebar dan sedang diputar di bioskop dengan judul yang sama pula. Dibintangi oleh Dude Harlino, Asmiranda, dan Meyda Sefira. Dengan tebal buku 270 halaman, novel ini menyajikan versi lengkap dari kumpulan ringkasan novel atau novelet dengan judul buku yang sama pula dan telah diterbitkan beberapa tahun yang lalu. Bercerita tentang perjalanan kehidupan sang tokoh utama, Syamsul Hadi. Seorang anak saudagar batik dari Pekalongan yang hidup berkecukupan. Syamsul tergolong anak pandai dan cerdas, ia siswa terbaik di sekolahnya. Tetapi seperti kata pepatah, jika kehidupan ini ibarat sebuah roda. Kadang di atas dan kadang di bawah. Begitu pula dengan kehidupan Syamsul.

1. About the Author(s): Habiburahman El Shirazy

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

$12.90

Ainanisha anak jati Malaysia penuntut tahun akhir di Universiti Leeds Metropolitan, Manchester terpilih mengikuti program anak angkat selama tiga bulan. Tuah menyebelahinya apabila dia diterima baik sebuah keluarga yang kaya di Simla, India. Namun, Ainanisha terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang berada di rantau orang. Kedatangan Ahmad Darius menambat hati Ainanisha. Namun tidak terlintas di hatinya untuk menjadi orang ketiga di antara Ahmad Darius dan Tina, adik angkatnya. Cinta yang berputik di hati Ainanisha terpaksa dipendamkan kerana dia tidak mahu menjadi perampas. Biarlah dia berkorban apa sahaja demi Tina. Dalam diam, Hairil Fahmi yang juga rakan seuniversiti Ainanisha menaruh hati padanya. Pelbagai cara dilakukan untuk menambat hati gadis itu tetapi Hairil Fahmi tewas. Cinta Ainanisha pada Ahmad Darius terlalu kuat. Pelbagai dugaan hebat terpaksa dihadapi Ainanisha sebelum mengecapi kebahagiaannya. Bagaimanakah kesudahannya? Hanya ‘KAU TETAP DI SISI’ mengetahuinya.

1. About the Author(s): Aishah Abu Hassan

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

$18.90

Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripaa pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia? Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar saya seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.

1. About the Author(s): Noor Suraya

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

$13.50

Sale!
Kan Kukejar Cinta Kamu By Fauziah Ashari

Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air. 9789675289194

1. About the Author(s): Nama fauziah ashari memang tidak asing lagi dalam dunia penulisan novel. karyakaryanya sering menjadi igauan peminat-peminat remaja dan dewasa.

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

$19.00

$17.10

Loading Updating cart…
Sale!
Kerana Sebuah Janji By Nozi Danisya

Kerana sebuah janji Dahlia menerima Dani sebagai suami. Kerana sebuah janji, sebuah ikatan perkahwinan dimeterai. Kerana sebuah ikatan Dahlia menyayangi si suami sepenuh hati. Apabila kebahagiaan menyinari hari-hari Dahlia dan Dani, ada pula yang iri hati sehingga sanggup menabur fitnah kepada Dani. Dani yang tidak dapat menerima kenyataan itu dengan tega mengasari si isteri hingga menyebabkan si isteri pergi membawa diri. Setelah kebenaran terbukti, Dani sangat menyesal dengan keterlanjuran diri. Kerana sebuah janji yang dipersetujui dengan Dahlia, dia terpaksa memendam perasaan sehingga membuatkan hidupnya merana sendiri. Dahlia yang membawa diri masih menanti si suami datang memujuk hatinya kembali. Mampukah mereka meneruskan janji yang telah mereka setujui? Sampai bilakah mereka perlu memendam perasaan sendiri? Dahlia: Luka di hati ini sangat dalam kau toreh. Sukar sekali untuk menyembukannya. Akan kubawa rajuk ini sejauh-jauhnya, jika ini yang kau mahukan. Dani: Andai aku dapat memutarkan kembali detik-detik hitam itu, pasti kesilapan serupa tak akan aku ulangi. Sejujurnya, aku sangat kesal. 9789675067884

1. About the Author(s): Nozi Danisya is a Malaysian Author. Akulah Cinderella  is another book she has authored

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

Kerana Sebuah Janjikerana-sebuah-janji-9789675067884

$15.00

$13.50

Loading Updating cart…

Jatuh cinta adalah perkara biasa di dalam kehidupan. Tetapi bagi Armand Danial dan Zulaikha Husna, jatuh cinta bukanlah sesuatu yang biasa. Sesekali mereka bercinta, biarlah ia menjadi sesuatu yang abadi. Kekal untuk selamanya. Namun apa yang dihajati, tidak semudah itu untuk dimiliki. Biarpun cinta mereka tidak mendapat tentangan, tetapi pelbagai dugaan mereka perlu hadapi untuk mencapai bahagia. Saat kata sepakat sudah dicapai, Armand Danial bernikah pula dengan sepupunya Asilah.  Hancur luluh hati Zulaikha Husna, namun dia pasrah. Jodoh, ajal dan maut adalah ketenturan Ilahi. Zulaikha membawa diri ke Pantai Timur, berbakti di sana sambil mengubat hati yang luka. 9789675067686

1. About the Author(s): Amisha Dania

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

$14.00

kita sering memandang ringan tentang perceraian! lihatlah saja angka perceraian yang semakin meningkat saban tahun. apa puncanya? macam-macam! dan, bagaimana jikalau sepasang kekasih yang telah pun memeterai janji sehidup semati terpaksa memenuhi permintaan untuk mengahwini pasangan yang dipilih keluarga? begitulah yang dialami sepasang kekasih ini dan kerana tidak mahu menghampakan harapan keluarga, mereka memenuhi juga hasrat itu. lalu, mereka berjanji berkahwin hanya untuk tiga hari. mereka telah memilih tarikh, waktu dan aturcara yang sama. tatkala si dara bersanding, di majlis yang lain… si udanya juga sedang diraikan di atas pelamin! dan, mereka laluinya dengan hati yang terluka sedangkan sanak-saudara gembira ria meraikan raja sehari. lalu, selesai saja majlis persandingan, mereka mula menghitung hari, 1, 2, 3… dan apabila tiba hari yang ketiga itu, bagaimanakah mereka akan meluahkan hasrat untuk bercerai terhadap pasangan masing-masing? terbayang tawa ria ayah dan bonda, kemeriahan majlis perkahwinan yang telah merela lalui dengan keriangan famili dan sahabat handai yang berkunjung datang! dilema mula menghantui dan masa terus berlalu, tik, tok, tik, tok… adakah mereka akan pegang pada janji yang telah disemai… berkahwin hanya untuk tiga hari? dapatkan novel ini yang sedang hangat di pasaran, yang telah pun memasuki cetakan ketiga september 2006.

1. About the Author(s): Ahadiat Akashah Kairuddin Akashah (44) adalah seorang novelis remaja di Malaysia. Beliau kelahiran Kampung Gombak Tambahan, Gombak, Selangor. Beliau diiktiraf sebagai penulis novel terbanyak di Malaysia oleh Malaysian Book of Records (86 buah buku). Beliau juga dikatakan novelis terkaya di Malaysia hasil penjualan novel.

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

$30.00

New!
Aku Bersyukur Anakku Autisme

Bagi mereka yang mempunyai anak, adik-beradik, saudara-mara, sahabat atau anak murid yang menghidap autisme, maka memiliki ilmu dan kefahaman yang baik tentangnya adalah suatu yang penting dan perlu. Terdapat banyak kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melayani dan mendidik kanak-kanak autisme yang perlu dijadikan satu modul pendidikan komprehensif. Semua kaedah pendidikan semasa yang diamalkan sekarang berkaitan kanak-kanak autisme, mempunyai asas rujukan dalam al-Quran dan as-Sunnah atau tidak menyalahi kedua-duanya, kecuali mungkin pada sebahagian kecil dan sedikit yang memerlukan penelitian dan semakan. Aku Bersyukur Anakku Autisme

$17.00

Eksperimen Cinta Sinopsis: Kali pertama mereka bertentang mata. Masing-masing dah ada pandangan sendiri. Dan tak sangka pula Tengku Aaron ini memang gila orangnya. Sangat-sangat tak terduga sikapnya. Kalau tak gila, apa perkataan paling sesuai nak digambarkan kepada orang yang tiba-tiba ajak kahwin padahal kenal tak sampai dua jam?Demi syarikatnya, Damia buat keputusan gila juga! Tak ada jalan keluar melainkan cakap, “saya setuju!” Damia letakkan syarat dengan harapan Tengku Aaron batalkan niatnya. “Awak jangan menyesal pula kahwin dengan saya. Sebab saya ni pisau cukur…” “Oh, ya?! Kalau cap Gillete Mach3 Turbo, aku lagi suka. Kikislah banyak mana harta aku. Aku tak kisah. Harta aku bertimbun-timbun…” Gagal dan gagal. Akhirnya bersatu juga! Bagi Tengku Aaron semuanya tak lebih daripada sebuah eksperimen saja. Dan bagi Damia, selagi belum lafaz talak terucap, selagi itulah maruah Tengku Aaron akan dijaga. Berjayakah Tengku Aaron Shah meneruskan eksperimen cintanya? 9789670246529

Eksperimen Cinta

$22.90

Sale!
My Precious Iris (Mypi) by Melur Jelita

My Precious Iris Sinopsis: Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris? “Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN. “I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN. “You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS. Aku diberi gelaran my precious… Sejak awal pertemuan kami… Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus… Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS 9789670246482

My Precious Iris (Mypi)

$34.00

$20.40

Takdir 2: Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi. Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan. Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi! Lantas, badai yang tidak pernah disangka selama ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani? 9789830974163

1. About the Author(s): Muhammad Hilal Aysraf bin Abd Razak berasal dari Johor Darul Takzim. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik ini dilahirkan pada 16 Januari 1989. Mula serius menulis sebaik sahaja masuk ke tingkatan enam dan kini, telah menamatkan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan dengan terus aktif di dalam bidang penulisan. Beliau menulis Buku Motivasi, Novel Islamik, dan Kumpulan Cerpen. Selain giat menulis novel, bekas pelajar Ma’had Attrabiyyah Al-Islamiyah (MATRI) Perlis ini juga giat menulis artikel-artikel tazkirah, manajmen qalbu dan perkongsian di lama blognya LangitIlahi.com. Matahari adalah kompilasi cerpen-cerpen terbaik yang pernah ditulis oleh Hilal Asyraf semenjak beliau berumur 19 tahun. Lapan belas kisah didalam hubungan mereka dengan Ar-Rahman. Terdapat kisah alam persekolahan, rumah tangga dan percintaan, perjuangan mencari kebenaran serta perihal rumah.

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

TAKDIR 2 BY HILAL ASYRAF

$19.10

Sale!
Duka Bersulam Rindu by Ameera Ameer

Duka Bersulam Rindu Sinopsis: Kahwin lari? Walaupun bukan itu yang mereka inginkan tetapi kerana halangan orang tua dan desakan hati memaksa Arissa Saffiya dan Mohd Idzhar Hakimi menyeberangi sempadan demi satu ikatan. Namun ikatan yang dibina hanya mampu bertahan selama 5 bulan apabila dipisahkan kerana keegoan Tan Sri Ariffin. Namun kerana cinta yang masih mendalam dan demi satu ikatan Mohd Idzhar Hakimi terus memburu cinta Arissa Saffiya walau apa pun halangannya. Duka Bersulam Rindu 9789675822070

1. About the Author(s): Ameera Ameer Selama enam tahun Idzhar merindui Arissa dan selama itu dia membawa lara di hati. Airmatanya menjadi murah sangat ketika ini. Syukur Ya Allah! Syukur! Hari ini, dia dipertemukan semula dengan bidadari hatinya. Tapi kenapa wajah Arissa beku? Sudah berubahkah dia? Mengapakah tidak tersirna sekelumit jua rasa rindu di mata itu?  “Kalau I boleh ulang balik masa tu… I tak akan buat apa yang I dah buat dulu dan memang I menyesal sangat-sangat.” Ya Allah! Begitu sekali bencinya Arissa pada diri ini. Arissa pasrah pada ketentuan Illahi. Ada sesuatu yang Idzhar tidak pernah tahu. Kehadiran Nylea yang selama ini menjadi rahsia dan punca perpisahan mereka. Biarlah hanya tuhan yang tahu, dukanya yang bersulam rindu.

2. New or Used: New                   3. Condition (1-5): 5/5

Duka Bersulam Rindu by Ameera Ameer

$22.00

$15.40

Loading Updating cart…

M.A.I.D: Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F. Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu. 9789675067778 M.A.I.D

1. About the Author(s): Suri Ryana. Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

2. New or Used: New                          3. Condition (1-5): 5/5

M.A.I.D: Ya Allah Noorul By Suri Ryana

$21.00

Loading Updating cart…
Sale!
Setia Hujung Nyawa by Fatin Nabila

Info Buku Setia Hujung Nyawa, Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi penasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu-bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit. Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zaintakkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa. 9789831246993

1. About the Author(s): Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Feb­rua­ri 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang ke­wartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau berazam mahu menjadi seorang penulis yang di­segani dan mampu mendekatkan dirinya dengan golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya. Novel DAKAPAN RINDU, karya pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat memberi hiburan bermakna dan buah fikiran seadanya kepada mereka yang gemar membaca kisah-kisah percintaan.

2. New or Used: New                          3. Condition (1-5): 5/5

Setia Hujung Nyawa by Fatin Nabilasetia-hujung-nyawa-fatin-nabila-9789831246993

$19.00

$15.20

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala… Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga. Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja. 9789831242032

$16.00

Sinopsis Bila Hati Berbisik by Rehal Nuharis: Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkan dua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri. Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum mampu lupakan Ariq. Nia mengganggap Adam masih cintakan Melissa. Sejauh manakah perhubungan andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara? “Lafazkanlah jika benar kata hatiku ini sama dengan kata hatimu. Jangan terus bermain dengan bahasa jiwa.” – Nia “Memang benar cinta itu aneh. Samalah dengan cinta kita. Aneh… kerana sukar diluahkan, sukar dibaca bahasa jiwanya.” – Adam 9789833880126

1. About the Author(s): Rehal Nuharis Minat menulis bukanlah timbul sejak dari kecil lagi. Saya tidak pernah merasakan akan terjebak ke dalam bidang ini. Akan tetapi kerana dorongan keluarga, saya mula berjinak-jinak dalam bidang ini juga mempelajari erti penulisan yang sebenar. Setelah tamat SPM, saya mula meneruskan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam jurusan Penulisan. Kini menyambung pula pengajian ke peringkat ijazah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM (Penulisan Artistik). Alhamdulilah, bermula tahun 2008 setelah beberapa buah puisi dan cerpen saya tersiar di majalah dan surat khabar, akhirnya  novel pertama saya berjudul Bila Hati Berbisik pun memasuki pasaran. Sehingga kini saya berjaya menghasilkan 8 buah novel dan cuba memperkembangkan lagi bakat penulisan melalui penulisan skrip dan sebagainya.

2. New or Used: New                             3. Condition (1-5): 5/5

Bila Hati Berbisikbila-hati-berbisik-rehal-nuharis-9789833880126

$18.00

Antologi Cerpen: Saya Hidup Positif! Anda Bila Lagi? PERTANDINGAN Jom Tulis Cerpen! Anjuran PROSTAR MALAYSIA dengan kerjasama Grup Buku Karangkraf tercetus daripada keinginan dua pihak mengangkat dunia penulisan sebagai platform bagi penulis-penulis untuk berkarya. Dengan tema, ‘Saya hidup sihat! Anda bila lagi?’ pertandingan ini menerima hampir seribu penyertaan dari seluruh tanah air. Kebanyakannya daripada penulis-penulis muda yang masih belajar tetapi empunyai bakat menulis yang sangat mengagumkan. Sebanyak 25 buah cerpen yang terbaik telah dipilih oleh panel juri untuk dibukukan sebagai Antologi Cerpen PROSTAR MALAYSIA. Tema yang diketengahkan meliputi pelbagai masalah sosial masyarakat setempat diketengahkan sebagai tatapan para pembaca. Setiap cerpen ini memaparkan pergolakan jiwa manusia yang berdepan dengan tekanan hidup, kemiskinan, kekurangan kasih sayang keluarga, keterlanjuran dalam hubungan dan sebagainya. Moralnya, penyelesaian atas semua permasalahan ini adalah kembali kepada ALLAH SWT. Setiap cerpen meninggalkan kesan yang mendalam kerana garapan bahasa penulis-penulisnya sangat menyentuh emosi pembaca. Usahasama dua pihak iaitu PROSTAR MALAYSIA dan Grup Buku Karangkraf akan diteruskan pada masa akan datang. Penulisan kreatif dalam bentuk cerpen diharap menjadi satu wadah bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia penulisan sebagai usaha yang berpanjangan. 9789831247877

1. About the Author(s): Pemenang Pertandingan Jom Tulis Cerpen PROSTAR Malaysia

2. New or Used: New                            3. Condition (1-5): 5

Antologi Cerpen: Saya Hidup Positif!

$14.90

SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam. Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil terhalang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu. Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi. Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar…

1. About the Author(s): Liza Zahira

2. New or Used: Baru                    3. Condition (1-5): 5

$14.00

Di Hamparan Shamrock: Kisah suka duka penulis sewaktu menempuh kehidupan di luar negara khasnya semasa berada di Ireland Utara. Setiap kisah menyentuh kalbu. Menjadi  imam, guru, suami dan ayah dalam satu masa adalah cabaran berat yang perlu ditempuh. Pernah juga dimasukkan ke penjara bukan kerana kesalahan jenayah. Mengapakah penulis dipenjarakan sedangkan tidak melakukan jenayah? Dapatkan buku terbaru Ustaz Hasrizal Abdul Jamil untuk mengetahui jawapannya. 9789830973555

1. About the Author(s): Hasrizal Abdul Jamil succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA became one of the National Best Sellers, more than 45 thousands copy sold within a couple year. He recently launched another six books, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, MURABBI CINTA, RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, TRANSFORMASI RAMADAN, EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA (Trilogy) and the most recent; DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU. Hasrizal holds a Bachelor of Sharia & Islamic Studies (Honours) from Mu’tah University, Jordan. Previously Hasrizal attended Sekolah Izzuddin Shah in Ipoh 88-92. Building on his experience as Minister of Religion in Belfast Islamic Centre Northern Ireland under the sponsorship from The al-Maktoom Foundation, UAE, and several Islamic centres in the Republic of Ireland, as well as Assistant Director at Fitrah Perkasa, a training and consultancy firm in Malaysia, Hasrizal became the first Visiting Counselor and Muslim Chaplain at Malaysia’s National Heart Institute (IJN) in February 2007.

2. New or Used: New                  3. Condition (1-5): 5/5

Di Hamparan Shamrock: Kuseru Nama-Mu

$19.90

Sale!
KAMPUNG GIRL by Umi Kalsom

Kampung Girl Sinopsis: PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin. “Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” – Ashraf Khairi. “Ain akan kahwin dengan abang Ash!” – Ainnur. Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata. Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan. “Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” – Ashraf Khairi. Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah. Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf. “Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” – Ashraf Khairi. 9789670246130

1. About the Author(s): Umi Kalsom Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya. “And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” – Ashraf Khairi. Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

2. New or Used: New                           3. Condition (1-5): 5

KAMPUNG GIRL

$21.00

$14.70

Sale!
Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)

Cinta Tiada Akhirnya merupakan novel kedua daripada trilogi (Ombak Rindu) novel yang mendapat sambutan hangat pembaca. Sedang diulang cetak. Rentetan Perkahwinan rahsia antara Izzah dan Hariz di Ombak Rindu dipanjangkan lagi di dalam ‘Cinta….Tiada Akhirnya. Kehidupan menjanjikan segalanya. Pahit, manis, suka dan duka. Satu perjalanan anugerah dari Maha Pencipta yang menjanjikan kematian dalam kembara kehidupan. Bagi kaki yang melangkah dan tangan yang menadah, terpulang pada insan itu sendiri mencorak hidupnya. Inilah kisah…..CINTA …..TIADA AKHIRNYA, menyelami Izzah yang setia, hampir sempurna, menyajikan cinta pada suaminya, Hariz yang masih mencari diri dan cinta sejati. Disulami detik cemas yang pasti mengocak minda, mendebar jiwa, CINTA….TIADA AKHIRNYA, akan menyerapi kehidupan setiap pembaca 9789834345013

Cinta Tiada Akhirnya (Ombak Rindu 2)cinta-tiada-akhirnya-ombak-rindu-2

$20.00

$15.00

Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta memuatkan 20 buah cerpen bertemakan cinta yang universal, yakni bukan semata-mata cinta sesama kekasih, tetapi juga cinta kepada Allah, Rasul, perjuangan, keluarga dan sebagainya. Keluar daripada definisi cinta masyarakat dan dunia hari ini, Kumpulan Cerpen Simfoni Cinta membawa kepada pendefinisian sebenar berkenaan cinta, dibawa dalam bentuk cerita yang menarik, seakan didikan dalam santai. Sebuah karya yang akan memberikan impak dan pandangan baru kepada masyarakat berkenaan apa itu cinta yang sebenarnya! 9789671121603

1. About the Author(s): Muhammad Hilal Aysraf bin Abd Razak berasal dari Johor Darul Takzim. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik ini dilahirkan pada 16 Januari 1989. Mula serius menulis sebaik sahaja masuk ke tingkatan enam dan kini, telah menamatkan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan dengan terus aktif di dalam bidang penulisan. Beliau menulis Buku Motivasi, Novel Islamik, dan Kumpulan Cerpen. Selain giat menulis novel, bekas pelajar Ma’had Attrabiyyah Al-Islamiyah (MATRI) Perlis ini juga giat menulis artikel-artikel tazkirah, manajmen qalbu dan perkongsian di lama blognya LangitIlahi.com. Matahari adalah kompilasi cerpen-cerpen terbaik yang pernah ditulis oleh Hilal Asyraf semenjak beliau berumur 19 tahun. Lapan belas kisah didalam hubungan mereka dengan Ar-Rahman. Terdapat kisah alam persekolahan, rumah tangga dan percintaan, perjuangan mencari kebenaran serta perihal rumah.

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Simfoni Cinta

Kandungan:
Cinta
Kerana Aku Beriman
Sakti itu di hujung jari
Ajaib
Yang Tertinggi Cintanya
7 Hentian Cinta
“Aku”
Kabus Cinta
Cinta Murabbi
Dia Memangilku, Untuk memanggilNya
Kau Harus Ada
Kisah Pemimpin Yang Terbuang
Bolehkah Kita Bercinta Dahulu
Srikandi
Cinta Bonda
Aku Berada Dalam Tangan Yang Aku Cintai
Aicha
Cintanya, CintaNya
Lelaki Yang Mengejar Pelangi
Simfoni Cinta
Kalam Akhir

$20.00

Sale!
Kejora Di Langit Cinta by Anis Ayuni

Kejora Di Langit Cinta Sinopsis: NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa. Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya. Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya mengaggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu. “Ya ALLAH… jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.” 9789831247815

1. About the Author(s): Anis Ayuni merupakan seorang pengarang di Malaysia. Anis dilahirkan di Bentong, Pahang pada 1 April 1963. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya sehinggalah ke Tingkatan Enam di SMK Sulaiman, Bentong. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya 1986 (Pengajian Asia Tenggara). Kemudian melanjutkan pelajaran dan memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya (2004). Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Beliau pernah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008

2. New or Used: Baru                                      3. Condition (1-5): 5/5

Kejora Di Langit Cinta by Anis Ayuni

$17.00

$15.30

Loading Updating cart…

Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati. Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi ‘house husband’. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan. Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini. Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya? 9789831243992

1. About the Author(s): Durrah Fatiha

2. New or Used: USED                    3. Condition (1-5): 3/5

$6.00

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS