Loading the content... Loading depends on your connection speed!

MALAY NOVELS

Return to Previous Page

List Grid

Tautan Hati: Novel hasil karya novelis Sayembara Novel Remaja Jubli Emas DBP 2006, Fatimah Syarha Mohd ini mengisahkan kehidupan gadis istimewa, Asiah Yusra yang sentiasa meletakkan dakwah Islamiah sebagai nadi kehidupannya. Ramai di antara rakan-rakannya yang tertarik dengan keperibadiannya yang tinggi. Keistimewaan novel ini bukan sahaja terletak pada jalan ceritanya yang menarik, tetapi juga kebolehan penulis untuk menerangkan isu-isu yang sering dipandang remeh oleh masyarakat kita seperti isu bertudung labuh, kaedah pergaulan di antara muhrim yang dituntut Islam, soal psikologi dan sebagainya. Segala penerangan tersebut telah berjaya disampaikan dengan penuh hikmah dan anda yang membacanya pasti tersenyum puas setelah selesai membaca novel ini. Puas kurayu, puas kuseru, jawapanmu tetap yang dulu. Oh sukarnyamengajakmu! Namun, kasihku padamu cukup padu. Lantaran itu,Akukan terus menyerumu. Pada yang Satu. Ku-genggam kukuh suatu azimat, “Kita hanya penyeru, bukan penghukum. 9789833494699

1. About the Author(s): Dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh & Psikologi. Karya pertama beliau ialah ‘PETUA MEMBUAT ORANG JATUH CINTA’ bersama Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor ‘ANAKKU HEBAT ANAKKU SOLEH’. Novel beliau MAWAR BERDURI memenangi tempat ke-3 Sayembara Novel Remaja sempena Jubli Emas DBP 2006. Gadis yang menjadikan ‘Lailahaillallah Muhammadurrasulullah’ sebagai prinsip hidup ini amat menitik-beratkan nilai-nilai keindahan agama dalam penulisannya. (Dari kulit belakang novel ‘Tautan Hati’)

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Tautan Hati by Fatimah Syarha Mohd Noordintautan-hati-fatimah-syarha-mohd-noordin

$24.00

Sale!
Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam by Hilal Asyraf

Takdir by Hilal Asyraf: Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun yang lalu, ramai yang menyangka cahaya Ilahi telah terpadam. Kerajaan Tanah Haram diasak hebat. Kota ‘Hijau’ Chinmayi juga begitu. Waktu seakan terhenti. Manusia yang percaya kepada-Nya dibadai derita. Ada yang percaya Dia telah meninggalkan mereka. Malah, tidak kurang yang menyatakan bahawa Allah itu tiada. Apatah lagi sejarah menjadi saksi tewasnya Kiai Songo ditangan Sang Asura dua belas tahun sebelumnya. Namun bukan bagi Kerajaan Tanah Haram dan kota ‘Hijau’ Chinmayi. Mereka kekal percaya dan terus berjuang menegakkan agama-Nya. Lantas seorang pemuda dihantar Bapa memulakan kembara. Memerangi kegelapan bahawaan Sang Asura. Angkasa Sakti. Dia adalah saksi. Cahaya Ilahi tidak akan terpadam walaupun kegelapan menyelubungi dunia. 9789830972862

Takdir by Hilal Asyraftakdir-hilal-asyraf

$21.00

$14.70

Terasing: 11 tahun terpisah dengan sahabatnya yang bernama Zaman, Saifullah bermimpi akan janji mereka berdua sebelum berpisah. Janji yang tidak pernah dilupakannya, dan saban hari diingati. Namun mimpi itu datang berkali-kali seakan menyatakan bahawa dia belum menunaikan amanahnya. Satu hari, Zaman kembali secara tiba-tiba. Saifullah amat gembira. Tetapi, bukan hanya kebahagiaan sahaja yang ada di dalam dunia ini. Tanpa disangka-sangka satu percubaan membunuh telah dilakukan ke atas Saifullah. Hal ini mengheret dirinya ke kancah jenayah kongsi gelap. Hairan kerana merasakan diri Saifullah tiada kaitan, Amiri, abang ipar Saifullah bergerak melakukan siasatan. Rupa-rupanya, keterasingan dalam kehidupan seorang insan, mengheret manusia-manusia yang berhubungan dengannya ke arah kegelapan. Ukhwah, cinta, kasih sayang, prinsip, matlamat, segalanya teruji dengan keterasingan ini. Bagaimana Saifullah melaluinya? 9789675102592

1. About the Author(s): Muhammad Hilal Aysraf bin Abd Razak berasal dari Johor Darul Takzim. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik ini dilahirkan pada 16 Januari 1989. Mula serius menulis sebaik sahaja masuk ke tingkatan enam dan kini, telah menamatkan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan dengan terus aktif di dalam bidang penulisan. Beliau menulis Buku Motivasi, Novel Islamik, dan Kumpulan Cerpen. Selain giat menulis novel, bekas pelajar Ma’had Attrabiyyah Al-Islamiyah (MATRI) Perlis ini juga giat menulis artikel-artikel tazkirah, manajmen qalbu dan perkongsian di lama blognya LangitIlahi.com. Matahari adalah kompilasi cerpen-cerpen terbaik yang pernah ditulis oleh Hilal Asyraf semenjak beliau berumur 19 tahun. Lapan belas kisah didalam hubungan mereka dengan Ar-Rahman. Terdapat kisah alam persekolahan, rumah tangga dan percintaan, perjuangan mencari kebenaran serta perihal rumah.

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Terasing by Hilal Asyrafterasing-hilal-asyraf

$17.80

Menghimpunkan 18 buah cerpen tarbiah yang mempunyai pelbagai tema iaitu alam persekolahan, persahabatan, percintaan, kekeluargaan dan umum. Cerpen Matahari 1; Matahari 2; dan Bulan ini berlatarbelakangkan alam persekolahan; cerpen Tidak Ingin Kau Pergi dan A.I.E. berkenaan sahabat di universiti manakala Mencari Ilahi berkenaan dua orang yang awalnya tidak sependapat tetapi akhirnya menjadi sahabat. Cerpen Ekspedisi Cinta; H.I.V.; Menjemput Bidadari; dan Masyitah ini berkisarkan mengenai perjalanan dan konsep cinta mengikut syarak yang berlainan pengakhiran. Cerpen Ikhlas berkenaan dengan ibu dan anak perempuannya; Kisah Seorang Arnav berkenaan dengan bapa dan anak lelakinya; manakala Hari-hari Terakhir berkenaan dengan suami isteri, ibu bapa dan mentua. Cerpen Warkah Dari Palestina dan Aku Memanggil Kamu berlatarbelakangkan peperangan; Mana Tuhan Kamu mempunyai latarbelakang peristiwa yang bakal terjadi; Sang Penyeru ada unsur kisah dakwah nabi-nabi terdahulu manakala 999+1 pula seakan konsep Sang Penyeru, bezanya ialah cerpen ini berlandaskan kisah benar tetapi tidak diakhiri dengan kematian watak utama. Semua cerpen ini diletakkan di bawah tema bahagian umum. 9789830972695

1. About the Author(s): Muhammad Hilal Aysraf bin Abd Razak berasal dari Johor Darul Takzim. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik ini dilahirkan pada 16 Januari 1989. Mula serius menulis sebaik sahaja masuk ke tingkatan enam dan kini, telah menamatkan pengajian dalam bidang Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan dengan terus aktif di dalam bidang penulisan. Beliau menulis Buku Motivasi, Novel Islamik, dan Kumpulan Cerpen. Selain giat menulis novel, bekas pelajar Ma’had Attrabiyyah Al-Islamiyah (MATRI) Perlis ini juga giat menulis artikel-artikel tazkirah, manajmen qalbu dan perkongsian di lama blognya LangitIlahi.com. Matahari adalah kompilasi cerpen-cerpen terbaik yang pernah ditulis oleh Hilal Asyraf semenjak beliau berumur 19 tahun. Lapan belas kisah didalam hubungan mereka dengan Ar-Rahman. Terdapat kisah alam persekolahan, rumah tangga dan percintaan, perjuangan mencari kebenaran serta perihal rumah.

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Matahari by Hilal Asyrafmatahari-hilal-asyraf

$17.00

Buku Matahari Di Atas Gilli Ia Kisah seorang gadis bernama Suhada yang berkahwin dengan Suamar seorang pemuda dari Pulau Gilli. Suhada kemudian mengikut suaminya ke Gilli dan tinggal di situ. Di Gilli, Suhada melihat anak-anak di situ tidak mempunyai pelajaran lalu Suhada berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak di pulau itu tetapi mendapat tentangan daripada penduduk di sana. Namun setelah berusaha akhirnya Suhada berjaya meyakinkan penduduk Pulau Gilli berkenaan kepentingan ilmu. Walaupun pada akhirnya, atas suatu sebab Gilli menjadi berbeza. Ia tidak memakai bahasa uraian, atau gambaran yang klinis, tetapi dengan metafora-metafora puitis yang jauh lebih bisa mendalam gambarannya.” Inilah keistimewaan Lintang dalam kemampuannya melukiskan peristiwa jiwa. Barangkali dalam hal ini bisa ditandingi oleh Leila Chudori, yang secara kebetulan juga seorang perempuan ( W.S. Rendra ) 9789833892181

1. About the Author(s): Lintang Sugianto. Buku Matahari Di Atas Gilli Ia Kisah seorang gadis bernama Suhada yang berkahwin dengan Suamar seorang pemuda dari Pulau Gilli. Suhada kemudian mengikut suaminya ke Gilli dan tinggal di situ. Di Gilli, Suhada melihat anak-anak di situ tidak mempunyai pelajaran lalu Suhada berusaha memberikan pendidikan kepada anak-anak di pulau itu tetapi mendapat tentangan daripada penduduk di sana. Namun setelah berusaha akhirnya Suhada berjaya meyakinkan penduduk Pulau Gilli berkenaan kepentingan ilmu. Walaupun pada akhirnya, atas suatu sebab Gilli menjadi berbeza. Ia tidak memakai bahasa uraian, atau gambaran yang klinis, tetapi dengan metafora-metafora puitis yang jauh lebih bisa mendalam gambarannya.” Inilah keistimewaan Lintang dalam kemampuannya melukiskan peristiwa jiwa. Barangkali dalam hal ini bisa ditandingi oleh Leila Chudori, yang secara kebetulan juga seorang perempuan ( W.S. Rendra ) 9789833892181

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Matahari di Atas Gilli by Lintang Sugiantomatahari-di-atas-gilli-lintang-sugianto

$19.80

Takdir Fitrah Terindah by Hanis Azla: Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa untuk membuat pilihan bukan milik orang sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa, asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yang diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah? 9789670184760

1. About the Author(s): Hanis Azla is a happy wife and a mom of 3 wonderful kids who love to smile 🙂 HanIs AzLa 4ever. She lives in SelangorMalaysia. Takdir Fitrah Terindah by Hanis Azla: Bila diri dilahirkan dari dosa orang lain, tiada apa yang membuatkan Nur Fitrah punya keyakinan diri bila sejak kecil dirinya sering menjadi bahan cemuhan. Lantaran itu dirinya menjadi cepat mengalah termasuklah dalam soal cinta bukan mahunya. Tapi itulah yang terjadi bila kuasa untuk membuat pilihan bukan milik orang sepertinya. Tiada cinta, tidak mengapa, asalkan hatinya bahagia. Namun bila hati suami bukan untuknya, apalagi yang perlu dipertahankan? Pertemuan semula membuatkan hatinya berbunga-bunga. Namun respons dan dugaan yang diterima membuatkan hatinya terus lara untuk mengharapkan cinta. Adakah Aiham Fakhri masih lagi pilihan Nur Fitrah? 9789670184760

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Takdir Fitrah Terindah by Hanis Azlatakdir-fitrah-terindah-hanis-azla

$21.90

Sale!
Aku Terima Nikahnya by Hasrizal Abdul Jamil

AKU TERIMA NIKAHNYA adalah terjemahan nas al-Quran dan al-Sunnah serta psikologi manusia, yang dipersembahkan dengan wajah santai, demi memberi ruang untuk pembaca membaca dengan maksud berikut: “… menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpulkan pengetahuan, tetapi kejayaan menyuluh jalan kembara insan mencari Tuhan!” Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat. Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya. Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan. 9789830971896

1. About the Author(s)Hasrizal Abdul Jamil succeeded in bookwriting after his AKU TERIMA NIKAHNYA became one of the National Best Sellers, more than 45 thousands copy sold within a couple year. He recently launched another six books, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, MURABBI CINTA, RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, TRANSFORMASI RAMADAN, EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA (Trilogy) and the most recent; DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU. Hasrizal holds a Bachelor of Sharia & Islamic Studies (Honours) from Mu’tah University, Jordan. Previously Hasrizal attended Sekolah Izzuddin Shah in Ipoh 88-92. Building on his experience as Minister of Religion in Belfast Islamic Centre Northern Ireland under the sponsorship from The al-Maktoom Foundation, UAE, and several Islamic centres in the Republic of Ireland, as well as Assistant Director at Fitrah Perkasa, a training and consultancy firm in Malaysia, Hasrizal became the first Visiting Counselor and Muslim Chaplain at Malaysia’s National Heart Institute (IJN) in February 2007.

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Aku Terima Nikahnya by Hasrizal Abdul Jamilaku-terima-nikahnya

$20.00

$14.00

Sale!
Sebelum Aku Bernikah by Hilal Asyraf

Info Buku Sebelum Aku Bernikah, Telah aku lamar seorang perempuan, Aku kira engkau adalah dia, Aku berharap engkau adalah dia, Boleh jadi bukan, Boleh jadi ya, Kerana engkau sahaja aku cinta, Bukan tunangku, Bukan yang nanti menjadi isteriku, Melainkan dia adalah engkau, Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku.. Sebelum Aku Bernikah, Telah aku lamar seorang perempuan, Aku kira engkau adalah dia, Aku berharap engkau adalah dia, Boleh jadi bukan, Boleh jadi ya, Kerana engkau sahaja aku cinta, Bukan tunangku, Bukan yang nanti menjadi isteriku, Melainkan dia adalah engkau, Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku.. 9789674110710

Sebelum Aku Bernikah by Hilal Asyraf sebelum-aku-bernikah-hilal-asyraf

$20.00

$14.00

Dalam Kurnia Untukku, HADFINA HAIFA dan Zain berkahwin atas dasar suka sama suka. Angkara prasangka dan sikap panas baran Zain, Fina diceraikan dengan talak tiga tanpa rela. Saat hatinya sudah dapat menerima hakikat perpisahan, Zain mendesak agar Fina disatukan dengan calon suami sementara yang dipilih olehnya demi kembali bersatu. Akibat keliru, Fina membawa diri dengan bercuti ke Hatyai. YUSUF THAQIF CURNIA. Saat pertama kali bertentang mata dengan wanita itu, dia tahu itulah ‘isteri untuk akhiratnya’. Entah mengapa pertemuan tanpa dialog itu membuahkan rasa cinta yang mendalam terhadap wanita itu. Dipanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar mereka dipertemukan kembali. Lama menanti, akhirnya dia akur yang ia hanyalah fantasi. Demi mengubat hati yang terluka, dia bercuti membawa diri. Di bumi gajah putih itu tanpa dirancang mereka dipertemukan. Harapan Fina untuk rujuk semula dengan Zain kembali menyinar saat Curnia menawarkan diri untuk menjadi suami sementaranya. Janji dipatri dan ijab kabul dilafazkan. Dari itu, Fina mengenal apa itu cinta. Dapatkah Curnia dan Fina mempertahankan perkahwinan mereka? Adakah perkahwinan itu perlu diakhiri demi janji yang telah dipatri? Siapakah pilihan hati Fina? Adakah bekas suaminya ataupun suami sementaranya? Segalanya terjawab dalam Kurnia Untukku. 9789671120880

1. About the Author(s)Liz Haliza is the author of Kurnia Untukku (Bahasa Malayu). She writes under the publisher Penulisan2u

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Kurnia Untukku by Liz Haliza

kurnia-untukku-liz-haliza

” Allah turunkan hujan sebab nak bagi Fina pelangi. Allah ambil sesuatu daripada kita untuk berikan kita sesuatu yang lebih baik ” – kak ijan

$17.90

7 Hari Mencintaiku by Siti Rosmizah: Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. “Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….” Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita? Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat 9789675822018

1. About the Author(s): Novelist & Lawyer, Siti Rosmizah Semail. Novel ini mengesahkan tentang Doktor Khuzairi yang dijadikan bidan terjun untuk menikahi seorang gadis bernama Mia Adriana. Demi untuk menyelamatkan nyawa dan rasa malu ayah Mia Adriana, Doktor Khuzairi sanggup menikahi Mia untuk dijadikan isteri. Mia yang bersifat angkuh dan sombong terpaksa menerima Doktor Khuzairi apabila melihat keadaan ayahnya yang tenat terkena serangan jantung akibat terkejut dengan kejadian pengantin lelaki yang tidak hadir pada hari pernikahan anaknya. Mahu tidak mahu, Mia terpaksa menerima usul ayahnya untuk bernikah dengan Doktor Khuzairi yang pada itu merupakan tetamu mereka.

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

7 Hari Mencintaiku by Siti Rosmizah7-hari-mencintaiku-siti-rosmizah

$22.00

Sale!
Kami Dah Kahwinlah! By Lisa Muhamad (2012)

Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra. Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya? Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua. Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah! 9789671120835

1. About the Author(s): Lisa Muhamad

2. New or Used: NEW                         3. Condition (1-5): 5

$17.00

$15.30

Sale!
Ranggau By Ramlee Awang Murshid (Alaf 21)

Apakah ia perbuatan manusia atau makhluk halus yang dikenali sebagai Ranggau? Oleh kerana Tuan Gimbang seorang tokoh yang terkenal, dia tidak mahu perkara itu dilaporkan kepada pihak polis. Sebaliknya dia menyarankan agar Ursula mengupah penyiasat persendirian. Dan, Ursula menemui Rusdi Salleh, seorang penulis novel misteri kerana merasakan bahawa penulis itu mempunyai kebolehan menyiasat. Satu pembunuhan bersiri gadis-gadis sedang berlaku di Sabah. Mayat-mayat yang ditemui oleh polis didapati telah hilang mata dan buah pinggang. Ursula Gimbang, anak seorang tokoh korporat begitu risau adiknya, Janet yang tiba-tiba hilang menerima nasib yang sama. 9789831242919

1. About the Author(s): Ramlee Awang Murshid is a Malaysian novelist. He was born in Papar, Sabah, Malaysia. Murshid was educated in the primary school Kapayan in Kota Kinabalu from 1974-1979. He then went to Sabah College in 1980 and graduated 4 years later and got his Certificate of Communication from the National University of Malaysia in 2000. He got his bachelor of arts (honours) degree in communication from the National University of Malaysia as well.

  • First runner for his novel Igauan Maut (1995) in Adult Novel Writing, hosted by Dewan Bahasa dan Pustaka, Kota Kinabalu branch.
  • Sabah Literature Award 1995/1996 from his novel Igauan Maut
  • First runner up for Pei Pan novel, hosted by Sako Novel National Award 2002.
  • Sabah Literature Award 2004/2005 via novel Pei Pan
  • Sabah Literature Award 2006/2007 via novel Bagaikan Puteri (As a princess)
  • Berita Harian Reader’s Favourite Book Award 2009 via novel Hijab Sang Pencinta (2nd Runner Up)

2. New or Used: Baru                    3. Condition (1-5): 5

RANGGAU

$18.00

$12.60

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal. “Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik.” – Zafriel Irham. Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya. 9789670246185

1. About the Author(s): Aliesha Kirana

2. New or Used: New                           3. Condition (1-5): 5

$14.50

Sale!
I Love You Stupid By Melur Jelita

Sinopsis: I Love You Stupid By Melur Jelita KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya. Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous! Aidan? My main course yang sangat menyelerakan! “Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan. Abang pedas? Eye Mo aku! “Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” – Iris. 9789670246321

I Love You Stupid! By Melur Jelita

$35.00

$21.00

Sale!
Dekatnya Cinta: Adam dan Hawa 2

Sinopsis Dekatnya Cinta: Adam dan Hawa 2 – DOA Adam Mukhriz dan Ain Hawani di bawah Multazam di Mashidilharam telah dimakbulkan ALLAH S.W.T. Kini, mereka mengutip makna cinta yang tertinggal sebelas tahun lalu. Untuk kali kedua, mereka saling jatuh cinta kembali. Namun, kebahagiaan mereka tiba-tiba dipanah petir. Dugaan datang menyihir dua hati. Sejambak bunga ros di tangan Ain mencetus prasangka Adam. Siapa yang beri? Cemburunya merasuk apabila terlihat isterinya bersama lelaki lain. Itukah lelaki yang selalu Ain puji? Akhirnya Adam melafazkan talak. Sekujur tubuh Ain bagai kaca yang terhempas. Tangannya menggigil menadah takdir. Sekali lagi hatinya dipalu pilu. Adam salah faham. Dia cuba menyuarakan semua itu tapi Adam enggan lagi mendengar.  Arissa dirampas pergi! Ain sudah tidak punya apa-apa. Status bekas isteri menjadikan dia hampir mati. 9789831248911

1. About the Author(s): AISYA SOFEA atau nama sebenarnya Hanizura Jamaludin adalah seorang penulis berbakat besar. Anak sulung yang dilahirkan di Kelang, Selangor ini mula mengukir namanya melalui JAUH, novel pertama yang mendapat sambutan menggalakkan. Namanya mula meniti di bibir peminat setelah kejayaan cemerlang JENDELA HATI.

2. New or Used: Baru                     3. Condition (1-5): 5

Dekatnya Cinta: Adam dan Hawa 2

$26.00

$20.80

Sale!
Rindu Cintaku: Ombak Rindu 3 By Fauziah Ashari

Novel Rindu Cintaku merupakan novel ketiga daripada trilogi (Ombak Rindu 3) novel yang mendapat sambutan hangat pembaca. Sedang diulang cetak. Izzah tercari-cari ketika dirinya hilang ingatan. Mimpi-mimpi ngeri tentang suaminya berkunjung datang dalam kotak minda menambah kekeliruan, menjadikan dia kedinginan dalam cinta Hariz yang sentiasa membara. Izzah pulih saat konflik memuncak dan dia tak berdaya untuk menggalas beban yang membelenggu hati bila cinta suami ditagih insan lain walau maruah menjadi taruhan. Hariz yang keresahan terus dilanda tsunami permasalahan. Neraca karma beralun ganas melibas keegoaannya. Hariz hilang punca, hilang kuasa dan hilang Izzah. NAmun membuang cintanya pada isteri tercinta tidak pernah wujud dihatinya walau dalam keterpaksaan. Andainya mampu ditebus kesilapan apakah harga yang perlu dilunaskan? Rumahtangga? cinta tak kesampaian? Kesetiaan? Maruah? Atau…. Nyawa? 9789834345020

1. About the Author(s): Nama fauziah ashari memang tidak asing lagi dalam dunia penulisan novel. karyakaryanya sering menjadi igauan peminat-peminat remaja dan dewasa.

2. New or Used: Baru                    3. Condition (1-5): 5

Rindu Cintaku: Ombak Rindu 3 By Fauziah Ashari

$17.00

$13.60

Loading Updating cart…

CINTA  itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi… itu haknya.

1. About the Author(s): Lynn Dayana

2. New or Used: New                         3. Condition (1-5): 5/5

$14.00

Didi – gadis ‘comel’ yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.

1. About the Author(s): Herna Diana

2. New or Used: New                         3. Condition (1-5): 5/5

$15.00

Sale!
Akukah Snow White Itu? By Lily Haslina Nasir

Akukah Snow White Itu? Sinopsis: Angan-angan mahu berjumpa putera raja dikuburkan dalam-dalam. Kali ini Lisa mahu berusaha gigih menjaga penampilan. Dia sedar, hati yang putih suci lebih bermakna sekiranya penampilannya lebih berketerampilan. Bukankah itu impian setiap gadis?Namun Lisa masih dibuli  kerana sikap naifnya. Kali ini kehadiran sepupu kepada Farid, Keisya sering mencabar kesabarannya. Seribu satu degaan terpaksa dihadapinya. Perangai Keisya benar-benar seperti watak antagonis dongeng Snow White. Betulkah hanya gadis tinggi lampai dan berkulit seputih salji sahaja yang layak mendapat layanan istimewa di dunia ini? Apakah Farid juga terpengaruh dengan segala cemuhan keisya kepada Lisa? Bagi Lisa, biarlah comot asalkan hati lebih putih daripada salju!  9789674010140

1. About the Author(s): Lily Haslina Nasir 

2. New or Used: New                         3. Condition (1-5): 5/5

Akukah Snow White Itu? By Lily Haslina Nasir

$17.00

$13.60

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda.Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu.

1. About the Author(s): Damya Hanna

2. New or Used: New                         3. Condition (1-5): 5/5

$13.00

SERONOK  kan bila jadi anak bongsu? Itu yang dirasai oleh Aryana. Macam Dania dalam bersiri Awan Dania! Disayangi, dilindungi dan dilayan bagi menatang minyak yang penuh oleh tiga orang abangnya. Hmm…. bila sebut tentang percintaan, Aryana menongkat dagu sambil bingung memikirkan pilihan hati. Pertemuannya dengan Arel sejak pertama kali bersua di dalam lift yang rosak, menyebabkan gadis itu menjadi tidak keruan. Hati jiwangnya mula terusik. 9789831247501

1. About the Author(s): Weeda Airiza

2. New or Used: New                         3. Condition (1-5): 5/5

$14.00

Sale!
13 Jam A380 by Evelyn Rose

13 Jam A380 by Evelyn Rose Sinopsis: 13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan HANA SOFEA dan Syed HAYDAR, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru. Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tap i tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi,, segalanya pergi bagai wap di udara. Melihatkan sendiri kemesraan SYED HAYDAR dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan HANA SOFEA daripada mimpi indah. Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan HANA SOFEA kepada FAWWAZ HUSSAINI, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea sebagai ibunya. Hadirnya HANA SOFEA menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan HANA SOFEA tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, SYED HAYDAR datang menuntut sebuah cinta…  Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti? 9789670246536

13 Jam A380

$28.00

$16.80

Siti Nur Murni; anak gadis tunggal dalam keluarga korporat ternama bernama Datuk Khalid. Gadis ini mengikut jejak bapanya yang mempunyai pegangan agama yang ampuh, berbeza dengan budaya keluarganya yang kebaratan.Sebelum Datuk Khalid meninggal dunia, beliau mengamanahkan Murni agar membimbing ibu dan abangnya yang tersasar jauh daripada landasan Islam supaya kembali ke pangkal jalan.Murni berusaha untuk melaksanakan wasiat bapanya namun sia-sia.

1. About the Author(s): Isya Azwa Idris

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

$15.00

Rasa macam nak mengamuk! Rania bengang kerana ibu bapanya bersekongkol dengan Irfan kerana menerima lamaran lelaki itu. Memang Irfan sahabat terbaiknya. Mereka kenal sejak kecil lagi. Tapi dia tidak boleh melupakan arwah Haris, lelaki pertama yang dicintainya. 9789831247495

1. About the Author(s): Elin Nadia

2. New or Used: New                                  3. Condition (1-5): 5

$18.00

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS