Loading the content... Loading depends on your connection speed!

MALAY NOVELS

Return to Previous Page
Pages: 1 2 3 4Next >Last »

List Grid

“Jangan pisahkan aku dan dia…”

Khalisya merintih kala dipaksa kahwin dengan Shahriman, anak ketua kampung. Dia tidak mampu mencintai lelaki itu kerana cintanya hanya untuk Ryan Kumar, jejaka India yang tampan mirip Shahid Kapoor. Demi ayah, ibu dan adik… dia terpaksa akur.

Rumah tangga yang tidak memberi apa-apa erti itu berakhir juga. Dia kembali mencari cinta hati yang ditinggalkan. Dia tidak menduga Ryan masih seperti dulu, teguh menanti bersama kasih seluas bumi. Namun, Ryan pula terpaksa pergi. Dia harus ke tanah Delihi menuruti keluarga tercinta.

Khalisya merelakan setelah Ryan melafazkan janji, membuatkan dia begitu ampuh menjadi perindu yang setia. Malangnya, dia dibiarkan menanti khabar berita sehinggalah Nazriel muncul mengikatnya dengan tali pertunangan.

Namun, Rayyan Khuzairi hadir membawa watak Ryan dalam diri lelaki itu. Khalisya dibadai tsunami rindu yang bergulung-gulung. Dia maseh cintakan Ryan. Dia hanya mahu bersama Ryan..

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Grupbuku Karangkraf | Published: 2012 | Format: Paperback | Pages: 524 | ISBN: 9789831247570″

$6.90

Loading Updating cart…

Membesar tanpa kasih sayang ibu bapa tidak menghalang Ayu Alenda mencapai impian untuk menggenggam segulung ijazah. Kehadiran Iman Qaiser yang memujanya sejak dari sekolah menyimpan seribu satu rahsia cinta yang belum terungkai. Kemunculan ayah, ibu dan adiknya, membuatkan Ayu Alenda membawa diri ke bumi asing. Lantaran kecewa dengan pemergian ibunya dan rasa terasing tatkala dikecualikan daripada menerima harta puasaka ayahnya, Ayu Alenda terus menyepi kerana tidak mahu maruah lelaki yang disayanginya tercalar dek kerana status dirinya yang dilahirkan tanpa ikatan yang sah. Dapatkah Ayu Alenda mengubah persepsi masyarakat sekeliling bahawa insan sepertinya juga berhak mengecapi bahagia seperti insan lain?

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Grupbuku Karangkraf | Published: 2011 | Format: Paperback | Pages: 524 | ISBN: 9789670184883″

$6.90

Loading Updating cart…

Buku Pegangan para Jomblo, Biar Orang Tau Kalo Lo Jomblo

Gue Edho Zell, salah satu Youtubers. Seperti yang gue bilang, gue upload video pertama gue di YouTube itu 4 tahun silam, pas gue masih perjaka. Sekarang, gue udah nggak perjaka, tapi perawan. Buat kalian semua para subscribers akun YouTube gue, buku ini bentuk lain dari karya-karya gue di YouTube. Buat kalian yang nggak tau siapa gue, invite aja pin BBM gue, terutama cewek, ya! Soalnya gue jomblo. #Eaaaa….

 

Other Books from this Author

Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Loveable | Published: 2015 | Format: Paperback | Pages: 203 | ISBN: 9786027290563

$15.00

Loading Updating cart…

Pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad!

“Ejaz nak kahwin dengan Warda. Kalau boleh secepat mungkin. Tak payah bertunang, Ejaz nak terus bernikah aje!”

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan. Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz?

“Layakkah aku menjadi suri hati buatnya?”

$13.90

Loading Updating cart…

Kenapa mujahadah itu pahit?

Kerana syurga itu manis.

Ceritanya bermula begini…

Ini kisah seorang gadis yang mahu mengenal Tuhan. Ibarat diari, dia mencoret tentang percintaan, persahabatan, perubahan diri dan segala macam rasa yang dia lalui.

Ada suka dan duka. Ada masam dan manis. Ada masam dan tawar. Ehhh…macam-macam ada.

Bercampur perasaannya. Selayaknya menari di dalam hujan. Dance in the rain.

Dia ingin sekali berkongsi hakikat perjalanan seorang hamba, sebelum kembali bertemu-Nya

$18.00

Loading Updating cart…

Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak.

Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah.

Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat.

Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.

$19.90

Loading Updating cart…

Ribuan pengalaman Ustaz Ebit Lew sepanjang perjalanan dakwahnya sejak berusia 13 tahun. Pelbagai jenis manusia yang telah ditemuinya.

Masing-masing mengeluh dan menangis ingin keluar dari kegelapan dan kesempitan hidup.

Ada yang mahu mengambil nyawa sendiri kerana sudah berputus asa.

Kita lupakan jutaan nikmat yang Allah beri sedangkan setiap detik waktu ini adalah amanah dari-Nya.

$18.90

Loading Updating cart…

Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.

Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.

“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” – Puan Rosanna.

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth… that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.

“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.”

 

Edition Language: Malay

Format: PAPERBACK

$16.00

Loading Updating cart…

Secebis kenangan, sebuah kesetiaan untuk sesuatu bernama… cinta

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”

“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”

“Pergi mampus.”

“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”

“Mudah… sebab aku sayang kau.”

 

Edition Language: Malay

$24.90

Loading Updating cart…

“Bila hati disapa Arjuna, jantung berdegup bagai nak gila.”

Setelah bertemu ‘Arjuna’, si penyelamat kucing sewaktu dia melarikan diri dari blind date yang mamanya aturkan, Hani sudah canang pada mamanya yang dia jatuh cinta.

Arjuna bukan macam lelaki lain. Lelaki itu bukanlah penggoda seperti lelaki-lelaki lain. Arjuna yang manis senyumannya. Arjuna yang sopan tutur katanya. Arjuna yang tampak penyayang. Tapi itulah kali pertama dan terakhir dia bertemu Arjuna.

Kewujudan lelaki itu disanggah oleh mama dan papanya bahkan rakan baik sendiri mengatakan dia bermimpi pada siang hari.

Atas desakan untuk menewaskan rancangan mamanya, Ariq diupah menjadi teman lelaki Hani untuk satu malam. Rancangan itu berjaya kerana Puan Sri Syura berkenan dengan watak Adam Darwish yang dilakonkan oleh Ariq. Namun setelah mengetahui semua itu sekadar lakonan, Puan Sri Syura melenting sakan. Rasa marah pada Ariq yang dianggap mata duitan berubah sama sekali apabila lelaki yang dibenci itu telah menyelamatkan dia dalam satu kejadian malang.

Akhirnya, rancangan untuk mengahwinkan Hani dengan Edy bertukar kepada mengahwinkan Hani dengan Ariq. Tapi, dua-dua berat hati untuk disatukan.

$19.90

Loading Updating cart…

Laris memanglah laris tapi sayang, mulutnya bak longkang tak bertapis…

Apakah perasaan anda saat disuruh bernikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya menduda waktu usia perkahwinan baru menjangkau usia dua tahun?

Itulah yang terpaksa dihadapi oleh Zack biarpun dalam keadaan separuh relanya. Rela pun dia dengan pernikahan itu pun hanya kerana dia memikirkan air muka tok ayah, insan kesayangannya yang juga imam Masjid Batu Lima. Disebabkan sebiji mentol, hidupnya jadi huru-hara dek perangkap gadis genit bernama Pehah, adik angkat sahabatnya iaitu Bob.

“Dan saya harap walau jauh mana pun awak pergi, suatu hari nanti awak tetap akan cari dan kembali kepada saya. Itu doa saya!” – Pehah.

“Pehah, Pehah…Dunia ni bulat tau tak? Bulat. Tapi bulat macam mana pun, tak bermakna pusing-pusing aku akan jumpa kau juga. Ada ramai lagi perempuan dalam dunia ni yang aku boleh jumpa. Kau kasilah peluang dekat aku jumpa yang ala-ala Siti Nurhaliza ke, Izara Aishah ke. Ini tidak, kau nak juga aku jumpa kau lagi. Memang bad lucklah aku kalau begitu ceritanya. Aduhaiii…”– Zack.

Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Aifa Batrisya | Published: April 2015 | Format: Paperback | Pages:  | ISBN: 9789670567518

$19.90

Loading Updating cart…
Sale!New!
Assalamualaikum Cinta by Zura Asyfar

Kerana pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dengan Rykal memulakan misi mereka untuk memikat gadis bernama Emma dan Nia yang dikenali dengan tidak sengaja. Kemuncak misi mereka adalah, mana-mana gadis yang akan sebut perkataan ‘I Love You’ dulu kepada mereka, dia yang akan memenangi pertaruhan itu.
Bagi Emma, sejak dulu lagi dia anti dengan lelaki kaya. Pada fikirannya, lelaki kaya adalah jenis yang suka berlagak dan menggunakan kekayaan mereka untuk mempermainkan perasaan perempuan. Contoh yang terdekat Ialah abang iparnya bernama Daniel yang selalu berkasar dengan kakaknya, Natasya.
Perkenalannya dengan tidak sengaja bersama Azrif Iqbal seakan membawanya ke dalam mimpi ngeri. Dia tidak suka dengan sikap lelaki tersebut yang suka memaksa untuk menerimanya sebagai kawan.
“Aku rasa baik kau bawa bunga ni bagi kat girlfriend kau…Sepatutnya kau bagi kat dia, bukannya kat aku.” – Emma Harlini
“Aku pelik…Kenapa susah sangat kau nak terima, eh? Aku bukannya suruh kau bayar pun!” – Azrif Iqbal
Untuk Nia pula, perkenalannya dengan Rykal kerana berebutkan parking kereta membawa satu perubahan dalam hidupnya. Lagi-lagi bila ayahnya amat tegas dalam mengawal kebebasannya untuk berkawan dengan lelaki.
Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Karya Seni | Published: MAY 2016 | Format: Paperback | Pages: 944 | ISBN: 9789674690182

$24.00

$21.60

Loading Updating cart…

Dania – Gadis polos yang tak punya apa-apa. Cintanya diburu oleh pasangan adik dan abang, Khaliff dan Afiff.

Afiff – Bagi Dania, Afiff adalah lelaki yang paling poyo dan kurang adab yang pernah dia jumpa. Tapi siapa sangka, lelaki tak normal itu jugalah jodohnya. Apa yang tak kena pada Afiff? Luarannya nampak biasa-biasa. Dania ada jawapannya. Enam bulan bergelar isteri kepada lelaki perasan bagus itu, Dania tahu ada yang tak kena. Dia dikahwini untuk disimpan? Mampukah dia bertahan dalam syurga palsu ciptaan Afiff apabila dia terpaksa berkongsi suami dengan lelaki lain? Sampai bila Afiff mampu bersandiwara demi menyembunyikan sisi gelapnya?

Khaliff – Lelaki penyayang yang menjadi sang pelindung buat Dania, saat duka mahupun gembira. Tekadnya bulat, mahu memperisterikan Dania. Namun cintanya terpaksa dikorbankan demi menebus kemaafan atas perbuatan silam arwah mamanya.

Irdina – Kenapa kau hadir di saat segala kisah duka sudah hampir telerai, saat sinar bahagia sudah mula menjenguk jendela hati? Kau memang perosak, Irdina!

“Kenapa kau kahwin dengan aku? Apa niat sebenar kau? Aku pelik, sebab aku tak rasa yang aku ni macam isteri orang. Aku je yang beria-ia nak jadi isteri solehah, tapi kau? Aku rasa macam aku ni isteri simpanan kau je. Kita ni dah macam housemate!” – Dania

“Aku tak pernah sentuh Nia. Kami tak pernah jalani kehidupan seperti suami isteri yang lain. Dia tu aku anggap macam isteri simpanan aku je.” – Afiff

“Baiklah, kalau itu yang ummi inginkan daripada Khaliff, kalau mengorbankan cinta Nia boleh melangsaikan dendam ummi pada arwah mama, Khaliff akan lepaskan Dania pada Abang Afiff.” – Khaliff.

“Afiff, sudahlah tu. Biarlah isteri you tahu hubungan kita. Dah tak boleh nak tutup lagi dah rahsia ni, satu Malaysia pun dah tahu. So, you sebagai bakal madu I lah ya? Hmm, I tak kisah pun bermadu dengan you. I tahu, Afiff akan berlaku adil. Kan sayang?” – Irdina

Bukan Isteri Simpanan by Mia Kiff

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: GEDE BOOK | Published: 2014 | Format: Paperback | Pages: 766 | ISBN: 9789670185521

$18.90

Loading Updating cart…

Sinopsis Rindu Awak 200 % by Liyana Zahim
Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh? 9789831248829

$17.00

Sinopsis Kerana Terpaksa… Aku Relakan: Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.
Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.
Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.
“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin
Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…
“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina
“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

$22.00

Pujuklah Hati mengajak, memujuk dan menasihati kita agar memujuk hati dalam setiap tindak-tanduk dan pertarungan emosi antara positif dan negatif ke arah menundukkan jiwa kepada-Nya. Kisah berselang puisi ini diadun rapi dengan kias dan tamsilan daripada kisah yang pernah dilalui oleh penulis sendiri, sebahagian anggota masyarakat, sirah, pengertian hadis dan ayat-ayat suci al-Quran menjadikan nasihat dan pujukan halus ini dengan mudah menelusuri naluri si pembaca yang sedang bergelodak dengan pelbagai rasa. Memang tidak dapat dinafikan kita yakni manusia, sering tewas dalam mengawal emosi dan memujuk hati. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan kerana ada Allah bersama kita. Mengadulah kepadanya, insya-Allah hati yang gundah boleh segera terpujuk. Apa jua ujian yang melanda kita, bawa hati kembali kepada Allah dan lihatlah bagaimana dengan cepat kadar tekanan kita berkurangan!

$19.00

New!
Encik Sayang dan Miss Sweetheart by Sara Aisha

Sinopsis Encik Sayang dan Miss Sweetheart Novel – Kata orang, kerana mulut badan binasa. Rasanya peribahasa itu memang sangat kena untuk aku, sebiji menempek di atas dahi!
“Macam inilah, encik… encik sayang. Sebelum I naik hantu kat sini…”
Kerana mulut, aku dicap sebagai miss sweetheart oleh encik sayang yang semestinya aku tak sayang langsung. Semuanya gara-gara cik gincu merah yang sangat gedik menggeletis macam ulat bulu!
“Kalau macam tu, emak ajelah cari calon untuk kakak. Senang cerita.”
Kerana mulut aku sendiri, emak dan ayah tiba-tiba membawa calon suami untuk aku. Atau lebih spesifik, dia orang bawa encik sayang! Dalam aku baru sahaja mahu reda dan menerima nasib jadi heroin novel kahwin paksa, kenapa pula mamat sengal itu yang jadi heronya? Sudah tidak wujudkah makhluk berkromosom XY yang lain? Kenapa mesti dia?!
“Ya, ya… Saya janji. Kalau… Kalau awak selamat, kalau kita dapat keluar dari sini, saya akan kahwin dengan awak. Just… Just be safe, please…”
Kerana mulut, ‘operasi memutuskan pertunangan’ aku tiba-tiba sahaja berubah menjadi ‘operasi persiapan perkahwinan’. Sedar-sedar sahaja, aku sudah pun duduk di atas pelamin yang pengantin lelakinya ialah tidak lain dan tidak bukan… encik sayang!
Oh, jangan fikir cerita ini berhenti takat itu saja. Kerana dalam kisah pelik ini, terselit juga si dia yang digelar ‘the most dashing, hottest eligible bachelor on earth’. Ya, aku tahu. Gelaran ni memang sangatlah melebih-lebih. Tapi hakikatnya, dia memang berkali-kali ganda kacak, bergaya dan kaya berbanding encik sayang. Dan yang paling seronok… encik dashing ini ialah bekas kekasih aku! Cinta pertama zaman muda remaja dulu yang rupa-rupanya masih cintakan aku setengah mati. Aduh… Haru, haru.
Itu belum lagi termasuk kes cik gincu merah yang tiba-tiba mengumumkan diri sebagai musuh ketat aku.
Lalu perjalanan hidup aku yang selama ini landai, normal dan bebas daripada anasir-anasir konflik tiba-tiba sahaja berubah menjadi roller-coaster! 

$16.00

Sale!
Projek Memikat Suami by Hanina Abdullah

Sinopsis Novel Projek memikat Suami – NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” – Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang… Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” – Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

$20.00

$16.00

Sinopsis: Jodoh itu milik kita by Sara Aisha – Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…” SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq. “Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia “Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” – Aariz Danial. “Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq 9789670246147

1. About the Author(s): Sara Aisha is a Malaysian author. Just…someone. A writer perhaps? Jadi, setiap hasil nukilan dalam blog ini adalah hak milik Cik SA. Tidak boleh sama sekali dikopi pasta atau dicedok dengan apa cara sekali pun. Okey? =)

2. New or Used: Baru                   3. Condition (1-5): 5

Jodoh itu milik kita by Sara Aisha

$24.00

Sale!
Adam dan Hawa By Aisya Sofea

Sinopsis Adam dan Hawa: Ain Hawani seorang gadis remaja yang baru menjangkau umur 20 tahun bekerja sebagai seorang guru sandaran di sebuah tadika sementara menunggu keputusan kemasukan ke universiti. Di situ, dia berkenalan dengan seorang jejaka kacak berdarah kacukan bernama Adam Mukhriz. Menurut teman sekerjanya di tadika itu, Am (Adam) merupakan seorang kaki perempuan, suka berfoya-foya, bergembira tanpa batas dan lain-lain lagi. Hal ini disaksikan sendiri oleh Ain di depan matanya ketika Am dengan tanpa rasa malu berpelukan dengan teman wanitanya, Dee. Sepanjang bekerja di sana, Ain hanya menganggap Am sebagai seorang kawan sahaja, tidak lebih dari itu walaupun dia selalu mendapat pelbagai hadiah daripada Am. Sehinggalah satu peristiwa pahit melanda dia dan Am. Semenjak itu, Ain benci sungguh dengan Am. Sampai mati dia akan membenci Am. Ain membawa diri ke kampung. Kebetulan pula dia Berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ain kembali ke Malaysia bukan dengan hanya satu ijazah, tetapi dua! Apakah bakal berlaku dalam hidup Ain selepas itu? Mampukah dia melupakan peristiwa pahit dalam hidupnya itu? Jom, baca! 9789831242162

Adam dan Hawa

$18.00

$16.20

Sale!
Coke And Sundae II by Ilya Abdullah

Coke And Sundae II by Ilya Abdullah: Kisah dari alam percintaan dibawa hingga kisah berumah tangga. Kalau dulu Coke dan sundae bertegang urat dan bermusuhan kini mereka sudah duduk sebumbung. Kini Azyan sudah bergelar isteri kepada Doktor Muhammad Syakir a.k.a cicak kobeng. Rumah tangga mereka bertambah serinya setelah mempunyai cahaya mata tanda ikatan kasih mereka, Ameerul Hasif yang keletahnya memang memeningkan kepala pasangan suami isteri itu. Ingatkan aman sampai ke tua, rupa-rupanya ada juga ujian untuk Azyan dan Syakir. Dalam dok tengah syok layan kerukunan rumah tangga, mereka menjadi kalut dengan kehadiran Katrina Kaif a.k.a Kareena Kapoor yang menggoda suami kesayangan Azyan, Syakir. Si Katrina ni siap main bomoh Mak Esah sebab sudah tergila-gilakan Syakir. Huh! Dahsyat perempuan tu. Habis haru-biru kehidupan Azyan dek penangan Kareena Kapoor celup tu. Azyan tak puas hati. Lelaki kemain ramai dalam dunia ni, tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan perempuan seorang itu. Lebih menghuru-harakan keadaan yang sememangnya sedia kalut itu apabila Syakir mengatakan yang dia mahu bernikah dengan Katrina pula. Azyan macam nak pengsan! Hati Azyan berlagu walang. Dalam tengah bersedih hati memikirkan si suami bakal menikah lagi satu, muncul pula Encik Ikhwan dan Zaril yang kacau daun, konon-kononnya mahu menjadi penghibur lara di hati Azyan. Boleh pula jadi macam ni ye? Tetapi, apa yang pasti Ameerul tidak rela berbapa tiri dan bermak tiri. Hmmm… Azyan, Syakir pandai-pandailah korang settlekan masalah ni. Syakir: “Sumpah! Abang memang minat pelakon Kareena Kaapor tu tapi abang tak minat Katrina Kaif.” Azyan: “Samalah tu, dua-dua pelakon Hindustan! Hantar Yan balik rumah ayah!” 9789670448091

Coke And Sundae II by Ilya Abdullah

$19.00

$15.20

Coke And Sundae by Ilya Abdullah: Boleh ke Miss coke yg gagah perkasa berjumpa dgn Mr. Right yg lebih kuat daripada pujaan hatinya, The rock? Ada ke Mr. rightnya tu? bunyi macam pelik aje… Mr Sundae pula dok pendam perasaan pada Miss Coke. Nak luahkan perasaannya pada Miss Coke? Hmmm… smpai kiamat la jawabnya. Tetapi kalau Miss Coke dan Mr Sundae bertembung… mesti nak perang mulut, mesti nak bergaduh. Kalah anjing dan kucing! Sebabnya, Mr Sundae ni bukan jenis mat jiwang karat. Kaedah dia nak mengurat Miss Coke ni pula slow nauzubillah! Satu dunia dah tahu yg Mr Sundae ni ada hati pada dia. Tapi dia ni aje yg tak perasan. Sedap ke rasanya kalau coke bercampur dgn sundae? he he he… bacalah Coke and Sundae utk mengetahui kesudahannya. 9789675067518

1. About the Author(s): Ilya Abdullah was born in Perak, Malaysia May 02, 1981 and a genre writer of Literature & Fiction Malay Novels. She is the author of Kuintai Cinta Dalam Rahsia, Coke & Sundae, Coke & Sundae II, and 566 Hari Mencari Cinta

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Coke And Sundae by Ilya Abdullah

$16.90

Aku Yang Kau Tinggalkan by Alina Haizar: Perkahwinan adalah ikatan terindah di antara dua jiwa yang saling mencintai yang berjanji akan sehidup semati. Tetapi bukan bagi perkahwinan Nia Atirah dan Zaril Ikhwan. Nia memerlukan wang bagi membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.
Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya. Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan. 9789675067655

1. About the Author(s): Alina Haizar is the author of Aku Yang Kau Tinggalkan and Hadirmu Takdirku

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Aku Yang Kau Tinggalkan

$21.90

DENYUT KASIH MEDIK merupakan sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh _qh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik. Sebuah novel yang mengisahkan misi seorang doktor muda dalam memperjuangkan syariat Islam di hospital ketika bergelar doktor pelatih (houseman). Ia juga kisah masyarakat kerana menyentuh isu-isu perubatan dalam kehidupan masyarakat. Bukan itu sahaja, ia kisah seorang pemuda yang hidupnya sarat impian dan cita-cita. Lebih menarik, ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta. …Nikmatilah satu kisah indah yang sungguh membina, Denyut Kasih Medik. 9789675102769

1. About the Author(s): merupakan seorang pegawai perubatan di sebuah Hospital, Penulis dan editor bagi Syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. dan juga seorang suami kepada seorang penulis iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin.

2. New or Used: Baru                         3. Condition (1-5): 5

Denyut Kasih Medik by Farhan Hadi Mohd Taibdenyut-kasih-medik-farhan-hadi-mohd-taib

$19.90

Pages: 1 2 3 4Next >Last »

List Grid

LoadingUpdating…

BROWSE GENRES

BROWSE AUTHORS