Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Panduan Musafir by Pusat Da’wah Islamiah

Nollybook.com » BOOKSTORE » ISLAMIC » Panduan Musafir by Pusat Da'wah Islamiah
Return to Previous Page

Panduan Musafir by Pusat Da’wah Islamiah

Panduan Musafir by Pusat Da’wah Islamiah

Price: $5.00
Product code: 15635
Availability: in stock

Alhamdulillah, dipanjangkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan limpahNya jua, Pusat Da'wah Islamiah dapat menerbitkan sebuah buku bertajuk "Panduan Musafir". Buku ini merupakan buku ulang cetak dan telah dicetak pertama kalinya pada tahun 1990 iaitu bersempana dengan Perayaan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah yang ke 44 tahun.
Islam itu sifatnya berkembang dan setentunya mengkehendaki pengikutnya peka terhadap kehidupan persekitarannya yang lebih mencabar dan berdaya saing. Oleh itu Islam menggalakkan umatnya untuk bermusafir dan menjelajahi dunia yang diciptakan Allah dengan berbagai keistimewaan tersendiri supaya umat Islam dapat merenung dan berfikir tentang kejadian alam ini sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam surah al-Mulk ayat 15 yang tafsirnya:-
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya."
Dari itu, bagi mereka yang ingin bermusafir untuk menimba pengalaman hidup yang berbeza-beza, perlulah melakukan dengan adab-adab yang digariskan dalam Islam iaitu sebelum keberangkatan, semasa dan selepas bermusafir.
Dengan penerbitan buku ini, diharap dapat dijadikan panduan bagi para musafir untuk melancarkan lagi perjalanan mereka daripada halangan yang tidak diingini. Akhirnya, diucapkan jua setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Kajian dan Penerbitan, Pusat Da'wah Islamiah kerana telah berjaya menerbitkan buku ini.

Panduan Musafir by Pusat Da'wah Islamiah

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Da'wah Islamiah | Published: 2009 | Format: Paperback | Pages: 38 | ISBN: 9991735666


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...