Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Ibadat Korban Dan Aqiqah

Nollybook.com » BOOKSTORE » ISLAMIC » Ibadat Korban Dan Aqiqah
Return to Previous Page

Ibadat Korban Dan Aqiqah

Ibadat Korban Dan Aqiqah

Price: $4.50
Product code: 15659
Availability: in stock

Melaksanakan ibadat korban dan aqiqah amat digalakkan dalam Islam kerana fadhilatnya cukup besar. Keadah melaksanakan kedua-dua ibadat ini hampir sama dari segi hukum dan syarat-syaratnya walaupun terdapat beberapa perbezaan.
Ibadat korban bertujuan untuk membersihkan diri daripada dosa, manakala aqiqah pula adalah sebagai tanda menyambut kelahiran anak damit. Terdapat banyak kelebihan dalam mengerjakan ibadat korban dan aqiqah sebagaimana yang terkandung dalam Surah al-Kautsar, yang tafsirnya: "Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah binatang korban (kerana mensyukuri ni'mat-ni'matnya)."
Seperti yang diketahui, ibadat korban dan aqiqah selain memenuhi tuntutan agama ia juga sebagai pemangkin untuk mengembangkan syiar Islam. Dengan melaksanakan ibadat korban, ianya akan dapat menangkis jiwa manusia daripada sikap kedekut dan bakhil. Sebaliknya dapat melahirkan perasaan kasih sayang sesama muslim dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ini termaktub dalam matlamat utama ibadat ini dilakukan iaitu untuk membantu fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di kalangan orang Islam.
Oleh sebab itu, adalah perlu bagi umat Islam untuk mengetahui kedua-dua ibadat ini secara terperinci bagi membolehkan ibadat ini dilaksanakan dengan sempurna sebagaimana disyari'atkan oleh Islam. Mudah-mudahan dengan adanya buku ini, segala persoalan dan permasalahan mengenai kedua-dua ibadat ini akan terjawab dan umat Islam akan lebih mudah melaksanakannya.
Akhirnya, diucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai Bahagian Kajian dan Penerbitan, Pusat Da'wah Islamiah kerana telah menggerakkan inisiatif untuk menerbitkan semula buku ini. Mudah-mudahan usaha ini akan mendapat keberkatan, taufiq dan hidayah daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala jua. Amin.

Ibadat Korban Dan Aqiqah

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Da'wah Islamiah | Published: 2014 | Format: Paperback | Pages: 23 | ISBN: 9789991735607


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...