Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Tarsilah Brunei Jilid 1: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (hardcover)

Nollybook.com » BOOKSTORE » BRUNEI PUBLICATIONS » Tarsilah Brunei Jilid 1: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (hardcover)
Return to Previous Page

Tarsilah Brunei Jilid 1: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (hardcover)

Tarsilah Brunei Jilid 1: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam (hardcover)

Price: $17.90
Product code: 15431
Availability: in stock

Negara Brunei Darussalam antara negara tua di rantau ini yang mempunyai sejarah yang banyak tetapi belum rapus diketahui dan ditulis kerana kekurangan data atau bahan rujukan utama, terutama dalam period K.M. XVIII. Namun demikian, tinggalan-tinggalan lama yang ada seperti monumen, artifak, matawang, dokumen, salasilah, manuskrip dan tradisi lisan sedikit sebanyak telah dapat memberikan informasi dan gambaran masa lalu itu.

Buku Tarsilah Brunei: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam ini adalah hasil penyelidikan sejarah Brunei yang diusahakan oleh penulisnya yang dipisi daripada sumber dan informasi yang disebutkan. Jilid pertama cetakan kedua ini merangkumi hasil penemuan daripada penyelidikan yang telah dijalankan oleh penulis sejak tahun 1990. Ia juga telah disunting dan dikemaskinikan, mengandungi hujah-hujah dan kesimpulan yang mungkin berbeza daripada cetakan pertama.

Bab pertama buku ini menghuraikan sejarah awal dan asl usual nama Brunei, kedudukan geografinya serta hubungannya dengan negara-negara persekitarannya. Bab kedua menghuraikan asal usul Raja-Raja Brunei dan hubungan kekeluargaannya dengan Raja-Raja di rantau Alam Melayu. Bab ketiga pula, di samping menghuraikan mengenai kedatangan Islam ke Nusantara dan negeri yang awal menerima kedatangan Islam, juga menghuraikan tentang tarikh awal Brunei menerima kedatangan Islam dan peranannya dalam penyebaran Islam. Manakala Bab keempat menghuraikan Salasilah Sultan Sharif Ali pancir keturunan daripada Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam yang terkenal dengan nama Sultan Berkat datang ke Brunei dan peranan baginda dalam membangun Brunei khususnya dalam pemerintahan dan penyebaran Islam di Brunei.

Dengan terbitnya buku ini, adalah diharapkan ianya dapat menyingkap dan memperluaskan bidang pengkajian sejarah Brunei bukan sahaja untuk kegunaan tempatan, malahan juga digunakan sebagai bahan rujukan bagi sejarawan-sejarawan dan pengkaji-pengkaji dari luar negara yang berminat dalam menyelidik mengenai Kesultanan Brunei.

Tarsilah Brunei Jilid 1: Sejarah Awal dan Perkembangan Islam by Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr. Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2001 | Format: Hardcover | Pages: 141 | ISBN: 9991734074


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...