Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Syair Rakis by AL-Marhum Pengiran Shahbandar

Nollybook.com » BOOKSTORE » BRUNEI PUBLICATIONS » Syair Rakis by AL-Marhum Pengiran Shahbandar
Return to Previous Page

Syair Rakis by AL-Marhum Pengiran Shahbandar

Syair Rakis by AL-Marhum Pengiran Shahbandar

Price: $5.00
Product code: 15364
Availability: in stock

SYAIR RAKIS ini ialah hasil karya Pengiran Shahbandar Md Salleh, seorang keluarga Diraja Brunei yang hidup di antara akhir K.M. 18 hingga K.M 19. Ayah beliau bernama Pengiran Sharmayuda ibnu Pengiran Indera Mahkota ibnu Pengiran Abdul Rahman ibnu Pengiran Temanggong Dakula ibnu Sultan Abdul Mubin (Sultan Brunei XIII)

Beliau adalah salah seorang daripada keluarga Diraja yang terpelajar Menurut riwayat yang mengisahkannya, beliau bersekolah di Betawi(Jakarta) dan setengah riwayat lain lagi mengatakan bahawa beliau ini pernah melanjutkan pelajarannya ke Negeri Belanda. Walaupun keterangan-keterangan yang membuktikan riwayat-riwayat itu hanya didapati dari cerita orang tua-tua, dari mulut ke mulut namun demikian menandang kepada isi-isi karangnnya itu beliau memang seorang yang terpelajar, luas pandangnnya dan berani berterus-terang menghadapkan buah fikiran dan pandangannya terhadap Negara Brunei dengan menggunakan penanya.

Naskhah asal syair ini bukan sahaja dibaca oleh Sultan Abdul Momin, Bahkan telah disalin oleh pembesar-pembesar negara dan orang ramai sebagai satu bacaan yang istimewa pada masa itu. Sungguhpun sususan syair itu terdiri dari untai dan rangkapan sahaja, tetapi kata-kata yang disusunnya itu dapat mempengaruhi jiwa rakyat seluruhnya. Bolehlah dikatakan bahawa masa itu kata-kata hikmat yang terkandung di dalamnya telah menjadi rujukan menganai masalah-masalah yang tertentu.

Memandang kepada kebijaksanaan Pengiran Indera Mahkota Md.Salleh itu (sebelum bergelar Pengiran Shahbandar) maka Sultan Abdul Momin pun menganugerahi gelaran Pengiran Shahbandar kepadanya dan cadangan-cadangan yang terkandung di dalam rakis itu telah dibawa ke majlis mesyuarat pembesar negara untuk diperbincangkan.

Bolehlah dikatakan semua pembesar Negara Brunei menerima baik cadangan yang dihadapkan oleh Al-Marhum Pengiran Shahbandar di dalam Syair Rakisnya ini terutama sekali berhubung dengan mendirikan sekolah-sekolah dan dalam hal pentadbiran Negara Brunei pada masa itu.

Kupasan-kupasan yang dihurai di sini adalah sebagai garis kasar. Untuk mengetahui yang lebih lanjut saya pulangkanlah kepada pembaca yang bijaksana mendalamkan penyelidikan sendiri sehingga tersua isi-isi hikmat yang disusun oleh pengarangnya. Walau bagaimanapun, tidaklah dapat dinafikan bahawa syair ini menpunyai keistimewaan, semakin dibaca semakin menarik perhatian dan sekali diulang membacanya bertambah luas pengertian yang didapati darpadanya.

Syair Rakis

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah | Published: 1983 | Format: Paperback | Pages: 107 | ISBN:


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...