Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Survival Negara Bangsa

Nollybook.com » BOOKSTORE » BRUNEI PUBLICATIONS » Survival Negara Bangsa
Return to Previous Page

Survival Negara Bangsa

Survival Negara Bangsa

Price: $10.00
Product code: 15644
Availability: in stock

Buku ini merupakan himpunan kertas-kertas kerja 'Seminar Serantau: Sempena Sambutan Jubli Emas Perlembagaan Negeri Brunei 1959' dengan tema 'Perkembangan dan Kecemerlangan 50 Tahun Perlembagaan Negara Brunei Darussalam' anjuran Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR)pada 17-19 Jun 2011 bersamaan 15-17 Rejab 1432.
Perlembagaan Negara Brunei 1959 yang dirancang pada Mei 1953 telah ditandatangani pada 29 September 1959. Dengan termeterainya Perlembagaan Negara Brunei 1959, ia telah mengiktiraf kedudukan bangsa Melayu sebagai pewaris sah bumi Darussalam ini, di samping tiga identiti penting dan utama; majoriti bangsa Melayu diangkat kepada kedudukan yang tinggi dalam sistem politik dan sosial negara ini, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, Islam sebagai agama rasmi negara, dan Sultan diletakkan sebagai kuasa pemerintah tertinggi negara. Bermula dari saat pengisytiharan dan permasyhuran perlembagaan itu, pemerintahan Brunei diambil alih sepenuhnya oleh pentadbiran Brunei daripada British, dan menjadi asas kepada kemerdekaan Brunei pada 1984. Pada tahun 2009, Perlembagaan Negeri Brunei 1959 telah mencapai usia 50 tahun.
Usaha memperingati 50 tahun Perlembagaan Negeri Brunei 1959 merupakan satu langkah yang sangat penting dan besar ertinya kepada rakyat dan penduduk negara ini dalam sama-sama merasakan perjuangan demi untuk mempertahankan kedaulatan negara, sehingga akhirnya berjaya mencapai kemerdekaan walau terpaksa melalui perjalanan yang berliku dalam tempoh yang amat panjang. Dalam erti kata lain, 'Seminar Serantau : Sempena Sambutan Jubli Emas Perlembagaan Negeri Brunei 1959' yang diadakan itu memberi kesedaran kepada kita semua orang-orang Brunei untuk terus menanai tugas dan tanggungjawab sebagai rakyat Brunei yang mampu membawa kelangsungan tamadun negara bangsa, Brunei Darussalam, terutama kepada generasi muda untuk mereka mengenal erti sebuah perjuangan demi agama, bangsa dan negara.
Maka di sinilah kita dapat melihat akan pentingnya peranan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 pada menentukan arah tuju pembangunan, kemajuan dan kecermelangan bangsa dan negara. Sejarah perjuangan penggubalan dan liku liku perkembangan Perlembagaan Negeri Brunei 1959 yang diterajui oleh Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'dul Khairi Waddien perlu ditelaah, dititi, dirungkai, dan dihuraikan dengan penganalisaan sejarah yang mendalam supaya dihayati dan dihargai oleh generasi muda khususnya, dan sentiasa relevan sebagai landasan kepada pembangunan, keharmonian, kestabilan dan keselamatan bangsa dan negara dalam apa jua situasi dan zaman, malah mampu menjadi iktibar dalam meniti kehidupan di bawah 'Raja Payung Negara'.

Survival Negara Bangsa

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 278 | ISBN: 9789991763019


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...