Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985 by Haji Awang Asbol bin Haji Mail

Nollybook.com » BOOKSTORE » BRUNEI PUBLICATIONS » Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985 by Haji Awang Asbol bin Haji Mail
Return to Previous Page

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985 by Haji Awang Asbol bin Haji Mail

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985 by Haji Awang Asbol bin Haji Mail

Price: $12.00
Product code: 15442
Availability: in stock

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, Tuhan yang mengatur segala perjalanan alam dan segala persitwa yang berlaku di dalamnya mengikut takdir dan iradat-Nya, serta selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi wa Sallam dan seluruh kaum keluarga dan sahabt Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.

Buku Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei 1950-1985 telah melalui proses penyuntingan dan penyesuaian format dan gaya penerbitannya, walau bagaimanapun Pusat Sejarah Brunei cuba mengekalkan kandungan asal berdasarkan hasil kajian penulisnya. Manuskrip ini pada asalnya adalah tesis Haji Awang Asbol bin Haji Mail yang dibuat bagi memenuhi keperluan Ijazah Sastera (Sejarah) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Isi kandungannya cukup menarik untuk dibaca dan diketahui kerana ianya memaparkan sejarah perkembangan pendidikan secara formal di Negara Brunei Darusslam. Antaranya membincangkan pembentukan dasar pendidikan dan matlamatnya dalam usaha Kerajaan memaju dan meningkatkan mutu pendidikan anak bangsa Brunei.

Pusat Sejarah Brunei sentiasa mengalu-alukan para sejarawan tanah air untuk menerbitkan hasil kajian mereka dari semasa ke semasa. Ini bertepatan dengan dasar dan matlamat penubuhan Jabatan ini yang antara lain untuk mendokumentasi dan membukukan hasil-hasil penyelidikan dan pengkajian sejarawan Brunei sebagai usaha untuk menyebarluaskan maklumat berkenaan ke pengetahuan umum. Selain itu, penerbitan buku ini juga adalah antara usaha untuk memantuni dan mengapresiasikan bahan-bahan yang bernilai sejarah sebagai sumber rujukan tanah air yang dihasilkan oleh pengkaji tempatan.

Dengan penerbitan buku ini, dihasratkan dapat memberi sumbangan yang berharga dan lorongan kepada para penelaah, pengkaji, pelajar dan peminat sejarah tanah air untuk membuat kajian lebih meluas dan menghasilkan keragaman kajian-kajian yang diketengahkan.

Sejarah Perkembangan Pendidikan di Brunei by Haji Awang Asbol bin Haji Mail

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2010 | Format: Hardcover | Pages: 221 | ISBN: 9991734473


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...