Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Sejarah Dalam Pembangunan Negara

Nollybook.com » BOOKSTORE » BRUNEI PUBLICATIONS » Sejarah Dalam Pembangunan Negara
Return to Previous Page

Sejarah Dalam Pembangunan Negara

Sejarah Dalam Pembangunan Negara

Price: $13.50
Product code: 15647
Availability: in stock

Buku ini merupakan himpunan kertas-kertas kerja 'Seminar Serantau: Sejarah dalam Pembangunan Negara' yang bertemakan 'Membangun Berteraskan Konsep Melayu Islam Beraja', anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja, Negara Brunei Darussalam, dikelolakan secara bersama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) pada 10-11 Januari 2009.
Dalam usaha menanam dan mengukuhkan konsep Melayu Islam Beraja kepada seluruh rakyat dan penduduk serta masyarakat yang bernaung di bawah payung negara ini, seminar yang dianjurkan itu adalah salah satu usaha yang berterusan bagi sama-sama mendukung kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, sebagai Raja dan Ketua Negara yang meletakkan kedudukan Melayu Islam Beraja itu sebagai falsafah negara dan teras kehidupan. Sumbangan dan jasa Baginda dalam membangun negara di sepanjang pemerintahan Baginda, khususnya dalam bidang sosial dan ekonomi sejak tahun 1967, adalah suatu peristiwa bersejarah yang sangat penting bagi Negara Brunei Darussalam, dan sudah sepatutnya ditonjolkan dan dirakamkan dalam bentuk penganjuran seminar seumpama itu. Hasil seminar inilah terhimpunnya kertas-kertas kerja yang sangat 'membina' daripada pakar-pakar sejarah khususnya dalam bidang sejarah sosial dan ekonomi; dan Pusat Sejarah Brunei, seperti institusi-institusi lain yang sama-sama memainkan peranan dalam mendukung kempimpinan raja, tidak melepaskan peluang ini mengungkayahkan pemberigaan himpunan kertas-kertas kerja tersebut menjadi sebuah buku yang dapat dijadikan rujukan kepada generasi kini dan akan datang.
Sesungguhnya, usaha pemberigaan ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu yang sangat berguna dan memberi manfaat dalam membangun dan memajukan lagi Negara Brunei Darussalam, selain memupuk rasa kesedaran dan keinsafan, khususnya kepada rakyat dan penduduk negara ini, bahawa pembangunan dan kemajuan itu tidak akan dicapai tanpa ada usaha gigih dan kerjasama semua pihak.

Sejarah Dalam Pembangunan Negara

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2013 | Format: Paperback | Pages: 332 | ISBN: 9789991734996


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...