Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Puak Tutong

Return to Previous Page

Puak Tutong

Puak Tutong

Price: $18.50
Product code: 15610
Availability: in stock

Penulisan mengenai sejarah dan perkembangan sosiobudaya sesebuah etnik di negara ini merupakan suatu bidang yang belum diambil perhatian sewajarnya. Malah ia masih terpinggir dari arus pembinaan sejarah dan budaya nasional. Walaupun ramai pengkaji dan penulis tempatan yang menaruh minat terhadap pengkajian bidang etnologi di negara ini, tetapi kajian mereka itu hanyalah setakat memenuhi keperluan latihan ilmiah yang jarang didedahkan dapat mempelbagaikan bahan bacaan dan rujukan mengenai sesebuah puak di negara ini khususnya dari segi sejarah dan perkembangan sosiobudaya mereka.

Pemilihan puak Tutong sebagai fokus kajian dan penulisan dalam buku ini adalah berdasarkan kepada hasil dari projek Perkampungan Sejarah di Mukim Pekan Tutong yang dikendalikan oleh Pusat Sejarah Brunei pada 8-10 april 2002. Pemilihan mukim ini sebagai projek perkampungan adalah disebabkan oleh kedudukannya sebagai pusat tamadun awal puak Tutong yang banyak menyimpan khazanah sejarah untuk diterokai. Perkampungan tersebut telah berjaya mengumpul bidang seperti sejarah asal usul, sejarah perkembangan ekonomi dan sosiobudaya, cerita rakyat, dan riwayat hidup tokoh-tokoh tempatan. Maklumat-maklumat tersebut telah menjadi asas kajian dan penulisan buku ini dengan dibantu oleh sumber-sumber bertulis. Di samping itu penyelidikan ke atas tempat-tempat bersejarah di sepanjang Sungai Tutong yang menpunyai hubungan dengan sejarah awal puak Tutong juga telah membantu kajian ke atas puak tersebut

Puak Tutong

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2004 | Format: Paperback | Pages: 232 | ISBN:


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...