Loading the content... Loading depends on your connection speed!

Pentadbiran Zakat Di Negara Brunei Darussalam (1955-1991) by Datin Dr Hajah Saadiah

Nollybook.com » BOOKSTORE » BRUNEI PUBLICATIONS » Pentadbiran Zakat Di Negara Brunei Darussalam (1955-1991) by Datin Dr Hajah Saadiah
Return to Previous Page

Pentadbiran Zakat Di Negara Brunei Darussalam (1955-1991) by Datin Dr Hajah Saadiah

Pentadbiran Zakat Di Negara Brunei Darussalam (1955-1991) by Datin Dr Hajah Saadiah

Price: $15.00
Product code: 15650
Availability: in stock

Buku Pentadbiran Zakat di Negara Brunei Darussalam (1955-1991) ini merupakan Disertasi Sarjana hasil kajian Datin Dr Hajah Saadiah binti Datu Derma Wijaya Haji Tamit. Buku ini mengandungi sebanyak enam bab yang antara lain membincangkan mengenai kewajipan mengeluarkan zakat dalam Islam, sejarah zakat dalam undang-undang negara, struktur dan organisasi pentadbiran zakat negara, sistem pentadbiran kutipan zakat serta sistem agihan zakat harta dan zakat fitrah di Negara Brunei Darussalam, dengan pengkhususan kajian pada tahun 1955 hingga 1991. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penulis kerana berjaya menghasilkan buku yang dapat dijadikan rujukan kepada para pembaca dan pengkaji sejarah tanah air. Semoga dapatan kajian penulis akan dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada para pengkaji yang berminat untuk mengetahui tentang sejarah, struktur, undang-undang, dan pentadbiran zakat di Negara Brunei Darussalam selain melihat peranannya sebelum dan selepas era kemerdekaan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat melalui pentadbiran zakat yang dahulu hanya diuruskan secara tradisi oleh orang tertentu namun seterusnya telah berubah kepada pengurusan dan pengagihan berlandaskan hukum syarak apabila Majlis Ugama Islam Brunei ditubuhkan pada tahun 1955.
Selepas ini, diharapkan ramai lagi para pengkaji dan sarjana tempatan yang akan tampil untuk menerbitkan hasil kajian ilmiah dan disertasi mereka yang berkaitan dengan sejarah sebagai sumbangan ilmu yang bermanfaat kepada khalayak masyarakat. Dengan terbitnya buku ini juga maka bertambahlah lagi koleksi Pusat Sejarah Brunei dalam bentuk kajian ilmiah. Sudah setentunya ilmu yang dikongsi itu lebih tinggi nilai dan manfaatnya serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Pentadbiran Zakat Di Negara Brunei Darussalam (1955-1991) by Datin Dr Hajah Saadiah Binti Datu Derma Wijaya Haji Tamit

Other Books from this Author
Book Details:
Condition: New 5/5 | Language: Malay | Publisher: Pusat Sejarah Brunei | Published: 2015 | Format: Paperback | Pages: 254 | ISBN: 9789991763118


Loading Updating cart...

LATEST DEAL

ORCHIDS Of Brunei by IDRIS M SAID

Old Price: $40.00

Price: $20.00

You save: $20.00


SPECIAL PROMOs

Buy 3, Get 4th FREE! *for discounted books

HOT DEALS


    LoadingUpdating...